728x90_malay_adsprime-tukar-broker

Share This Post

Inspirasi

Lelaki Ini Boleh Berbangga Dengan Pencapaian Jenamanya Sehingga Hari Ini!

Lelaki Ini Boleh Berbangga Dengan Pencapaian Jenamanya Sehingga Hari Ini!

Ada ke pembaca yang sudah terjebak dan obses dengan barang-barang dari Ikea selepas membaca artikel semalam?

Mesti ramai yang tertanya-tanya bagaimana Ikea boleh mula menjual perabot, kan?

Sebenarnya, perabot merupakan satu simbol kekayaan masyarakat Sweden pada masa itu. Justeru, barangan perabot hanya dimiliki oleh orang yang kaya dan ternama di Sweden kerana harganya yang agak tinggi.

Dari situ, Ingvar tampil dengan idea untuk menjual perabot dan menjadikannya boleh dimiliki oleh sesiapa sahaja di Sweden. Idea itu juga dianggap ‘menjadi’ apabila ia menjadi sumber keuntungan utama buat Ikea sehingga hari ini.

Guimars Fabriker dari Alvesta merupakan pesaing terdekat Ingvar kerana Guimars telah lama mengusahakan perusahaan perabot miliknya. Setelah membuat sedikit kajian serta mencari beberapa orang pembekal, Ingvar mula menghasilkan sendiri perabotnya.

Sejak itu, Ikea mula dipenuhi dengan kerusi dan meja yang mempunyai nama-namanya yang tersendiri kerana kesukaran Ingvar untuk mengingati angka.

Pada tahun 1951, Ikea mula menyebarkan risalah promosi Ikea yang dipanggil ‘IKEA News’ yang juga merupakan prototaip kepada katalog Ikea. Beliau menyasarkan golongan yang berpendapatan sederhana atau rendah sebagai pelanggannya.

Katalog pertama Ikea

Katalog pertama Ikea

Pada awal tahun 50-an, Ingvar telah membeli sebuah kilang lama untuk dijadikan sebagai stor simpanan untuk semua perabot-perabotnya. Kilang itu menampung semua pengeluaran perabot yang juga dijual begitu murah berbanding pesaing-pesaingnya yang lain.

Persaingan harga tersebut membuatkan pesaing mula memboikot Ikea. Persekutuan Kayu dan Perabot Sweden begitu marah dengan lambakan perabot Ikea di dalam pasaran lantas memujuk pembalak menghentikan sebarang kerjasama dengan Ikea.

Namun, Ingvar hanya menganggap masalah itu sebagai pengalaman baru untuk Ikea. Selepas kehilangan pembekal, Ingvar mula mencari pembekal baru dari Poland. Ikea juga meletakkan strategi dimana mereka membeli komponen perabot dari negara-negara yang menawarkan harga yang jauh lebih murah.

Apabila semakin berkembang, Ikea mula membuka bilik pameran Ikea yang pertama di Sweden pada 1953. Ketika itu pelanggan boleh melihat dan menyentuh kelengkapan rumah oleh Ikea sebelum membelinya.

Pada awal penubuhan Ikea, mereka menggunakan warna tema merah dan putih. Kemudian, warna itu diubah kepada biru dan kuning iaitu warna kebangsaan Sweden dan digunakan sehingga hari ini.

Baca lebih banyak artikel inspirasi di sini!

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register