banner-mutm-728x90

Share This Post

Inspirasi

Lelaki Ini Kongsikan 3 Tips Yang Menyebabkan Beliau Memiliki Kekayaan Berbillion Dollar

Lelaki  Ini Kongsikan 3 Tips Yang Menyebabkan Beliau Memiliki Kekayaan Berbillion Dollar

Sebut sahaja nama lelaki terkaya British ini, pasti terbayang asetnya yang berjumlah berbillion Dollar.

Tapi kita harus tahu, segah mana cerita kekayaannya, kejayaan lelaki ini tidak mungkin berlaku dalam sekelip mata tanpa sebarang usaha.

3 perkara ini yang anda boleh belajar dari Richard Branson :

  1. Optimis

Richard Branson merupakan seorang yang optimis dalam menggunakan setiap peluang yang ada. Menurut beliau, jika minda kita bersedia, kita pasti dapat menangani semua masalah yang datang, hatta puting beliung sekali pun yang datang untuk memusnahkan matlamat kita.

  1. Cara terbaik untuk belajar ialah dengan ‘buat’

Kita pasti pernah membaca pelbagai ‘quote’ untuk membakar semula semangat dan motivasi. Namun sebenarnya, mesej yang disampaikan hanya membawa kepada satu kesimpulan iaitu supaya kita tidak mudah patah semangat untuk macapai apa yang kita mahukan.

Branson menggariskan suatu cara terbaik untuk belajar sesuatu ialah dengan ‘buat’. Cuba dan gagal ialah cara paling pantas untuk belajar. Kita boleh mengkaji sebanyak mana yang kita mahu, namun cara terbaik untuk ‘tahu’ hanyalah dengan ‘buat’!

  1. Cuba apa yang orang lain tak buat

Kadang-kadang ramai yang terlupa bahawa salah satu kata kunci kejayaan ialah dengan cuba. Jika anda tak cuba, mana mungkin anda bakal berjaya?

 

Kami boleh senaraikan lebih lagi prinsip hidup Richard Branson yang boleh menambah inspirasi kita.

Persoalannya, berapa ramai yang masuk telinga kanan, semat dalam hati?

Atau setiap patah yang ditulis disini ibarat mencurah air ke daun keladi?

Baca : Richard Branson Marah. Brexit Telah Membunuh Bisnesnya Di UK!

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register