728x90_malay_adsprime-trading-bonus

Share This Post

Inspirasi

Lelaki Ini Memberikan Nasihat Yang Dirinya Pun Tidak Akan Dengar Semasa Waktu Muda Dahulu

Lelaki Ini Memberikan Nasihat Yang Dirinya Pun Tidak Akan Dengar Semasa Waktu Muda Dahulu

Nasihat yang diberikan oleh CEO Goldman Sachs, Lloyd Blankfein kepada anak muda agak mengelirukan dan katanya mustahil untuk dilakukan.

Menurutnya, “Saya akan berikan satu nasihat yang sangat sangat penting namun mustahil untuk dilakukan”.

Nasihat itu diberikan kepada semua intern Goldman Sachs di dalam sebuah bilik minggu lepas.

Chill Out”Itulah nasihat yang diberikan kepada mereka. Pun begitu, menurutnya, jika nasihat itu diberikan kepada dirinya sendiri semasa muda, dia pun tidak akan mendengarnya.

Tambahnya, “Itulah realitinya, nasihat ini tidak akan diikuti dan sudah tidak boleh berpaling belakang lagi”.

Lloyd memberi analogi :

“Dalam sukan seperti golf atau bola keranjang, tidak semestinya dengan memegang kayu golf atau bola keranjang dengan sangat kuat akan menjadikan anda seorang pemain golf atau bola keranjang yang baik. Sama seperti apa yang nak dicapai, jika sesuatu perkara itu dibuat dengan sangat tertekan, boleh jadi kegagalan yang bakal ditemui.”

Bloomberg : Lloyd Blankfein

Tambah Lloyd lagi kepada anak muda adalah berkenaan dengan mempelajari sejarah.

Lloyd mengesyorkan agar anak mudah belajar sejarah untuk mengambil pengajaran daripada apa yang sudah berlaku.

“Lihatlah mereka yang gagal banyak kali kemudiannya berjaya dan ambil iktibar, belajar apakah sikap yang ada pada mereka, terutama tidak mengalah malah sentiasa menambah usaha.”

Kaitkan dengan hidup trading, berhenti mengejar kekayaan sekelip mata, dan tertekan akibat penangan full margin sehingga membawa kesan negatif. Chill lah, market akan sentiasa ada. Perlahan-lahan hadam dan dapatkan sistem trading yang bagus.

Semua kekecewaan, kegagalan itu lebih mengajar dan memberi panduan untuk berjaya. Jadi, jangan pernah mengalah.

Ramai yang tidak ketemui kemanisan seorang trader akibat perkara ini.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register