728x90_malay_adsprime-trading-bonus

Share This Post

Trader Confessions

Lelaki Ini Persoalkan Sama Ada Anda Layak Atau Tidak Jadi Trader

Lelaki Ini Persoalkan Sama Ada Anda Layak Atau Tidak Jadi Trader

Dari : PUTERA KEUNTUNGAN
Tajuk : HAK ANALISIS PENUH

Confession:
Saya amat menyokong segala gerak kerja team moshed untuk membantu lebih ramai traders mengenal akan erti FOREX.

Semua traders tahu dan dapat mengenal apa itu trend pasaran. Semua kenal apa itu uptrend dan downtrend. Semua traders sudah dapat membaca apakah keputusan yang diambil samada buy atau sell. Ianya diibaratkan seperti menjawab soalan peperiksaan darjah 1.

Akan tetapi permasalahan utama traders ialah “Timing” untuk meletakkan order buy atau sell. Disebabkan oleh “Timing” inilah majoriti traders tergolong daripada 80% traders yang mengalami kerugian. Timing ini amat penting bagi traders untuk mengaut keuntungan atau disebaliknya.

Kebanyakan yang terjadi pada apa yang saya lihat ialah “entry position” apabila “Big Player” sudah mengambil keuntungan. Atau dalam bahasa yang mudah iaitu ” lambat entry”.

Di dalam situasi inilah ramai traders tewas dari segi disiplin dan mental. Perkataan yang bermain difikiran pada masa itu ialah ” rugi kalau tak entry” dan pada masa melihat candle seller yang panjang mereka terus meletakkan nilai lot yang tinggi kerana mereka “Yakin” pasaran akan jatuh lagi. Situasi inilah yang menyebabkan ramai traders tersungkur.

Keadaan hilang kesabaran juga faktor utama kerugian di dalam forex trading. Ianya terjadi ketika fikiran sudah diset “1 hari aku mesti dapat usd200”. Jadi, fikiran inilah yang akan mengarahkan anggota badan terutama jari anda untuk klik position pada keadaan pasaran yang tidak mengizinkan traders berbuat demikian. situasi ini kebanyakan traders menggunakan teknik “Instinct” dan menafikan hak utama “analisis penuh pasaran.”

Keadaan ini juga berlaku apabila traders membuka pc atau lap top dan terus melihat candle seller amat laju dan ketika itulah traders sudah lupa hak utama analisis pasaran. Mereka akan menggunakan kaedah “entry” dulu “analisis kemudian” tanpa mereka sedari. Inilah teknik yang traders tak perlu belajar tapi amat mahir melakukannya.

Ada juga traders yang “ego” tidak mahu rugi sedikitpun di dalam trading. Percayalah, pergerakan pasaran lagi tinggi egonya dan sombongnya. Sebab itulah kita terpaksa ikut kehendak pergerakan pasaran (Trend is your friend). Kita follow rugi sedikit, kita tidak mahu follow, rugi banyak. Terimalah hakikat bahawa kita wajib rugi di dalam trading. Cuma ilmu+teknik+pengalaman sahaja yang menentukan kerugian tinggi atau kerugian yang rendah.

“Timing position” saya boleh anggap sebagai satu main point di dalam entry. Kerana ianya menentukan nilai keuntungan dan kerugian anda. Ianya menentukan perbezaan keuntungan anda dari traders yang lain.

Pada pengalaman saya timing ini boleh di baca melalui market depth. Keputusan buyer dan seller melalui market depth boleh dilihat melalui dengan candlestick M1. Kerana ianya akan melalui M1 terlebih dahulu sebelum ianya mengubah pergerakan candle pada Time Frame yang lain.

Dan hati-hati kerana pergerakan melalui candle tersebut boleh mengubah kepada Perubahan Trend pada time frame yang lain. Tips saya dengan keizinan bagi pihak moshed team untuk melihat timing yang terbaik ialah pada perubahan High dan Low terkini. Kerana bagi saya High dan Low adalah “Order Signal”.

Saya rasa cukup kali ini apa yang nak disampaikan. In shaa allah kita akan bersua kembali. Pesanan saya, be a genuine traders. Forex bukannya tempat untuk bergurau dan suka-suka untuk meletakkan wang. Asahkan minda supaya sentiasa menjaga hak analisis penuh pasaran.

Jangan sesekali kita langgar syarat ini kerana ini menyebabkan kita “TIDAK LAYAK” menjadi forex traders. Fahami dengan lebih mendalam melalui kaedah pengalaman di dalam meneliti pergerakan pasaran. Anda pasti akan dapat kenal akan erti perubahan order daripada big player.

Terima kasih dan jumpa lagi.

Hantar Confession anda di sini – moshed.com/hantar-confession

Share This Post

Lost Password

Register