banner-mutm-728x90

Share This Post

Artikel Umum

Lelaki ini pesan supaya anda berhenti berangan menjadi Warren Buffett seterusnya

Lelaki ini pesan supaya anda berhenti berangan menjadi Warren Buffett seterusnya

Sebagai seorang yang masih baru dalam bidang pelaburan/trading, dan nasihat ini juga untuk bagi yang sudah lama, selalunya kita sentiasa akan mengambil kata-kata hikmah atau nasihat daripada pelabur/trader terulung sepanjang zaman untuk belajar bagaimana mereka membuat keuntungan daripada pasaran seperti George Soros, Warren Buffett dan lain-lain.

Mendengar, membaca dan belajar daripada mereka dan meniru mereka adalah berbeza sama sekali.

Damian Kestel, staf di CLSA menghantar penulisan mingguannya, “Bits and Pieces” yang mengandungi koleksi quotes, kisah movitasi dan cara pandang daripada pelabur-pelabur yang hebat.

Terdapat satu quote daripada Michael Burry, pengerusi Scion Capital yang menarik perhatian tim editor dan ingin kongsikan dalam artikel ini.

Michael Burry merupakan hero kepada buku Michael Lewis yang diadaptasi menjadi salah satu filem ekonomi yang popular pernah kami senaraikan di sini sebelum ini iaitu The Big Short.

Michael Bury

Michael Bury

Dalam quote tersebut menegaskan kita, pelabur/trader untuk selalu belajar dan topup ilmu pelaburan/trading daripada pelabur/trader hebat tetapi dalam masa yang sama mengingatkan kita untuk tidak menjadi terlalu obses dengan idola sehingga meniru gaya dan cara mereka bulat-bulat yang mendatangkan akibat negatif. Michael Burry menjadikan Warren Buffet, seorang pelabur yang berjaya dan terkenal sebagai contoh untuk membuktikan pointnya.

Katanya (kami ulaskan secara ringkas) ;

“Jika kamu mahu menjadi seorang pelabur/trader yang hebat, kamu mestilah mencari gaya yang sesuai dengan diri kamu. Satu perkara yang saya perasan berkenaan dengan Warren Buffet adalah, walaupun dia mempunyai peluang yang sangat baik untuk belajar daripada Ben Graham, dia tidak copy bulat-bulat gaya dan cara Ben Graham, Warren Buffet tetapkan sendiri cara dia menguruskan wang dan menggandakan wang mengikut rules dia sendiri. Daripada situ, saya mendapat idea bahawa tiada sekolah yang mampu mengajar seseorang untuk menjadi seorang pelabur/trader yang hebat. Jika ada, sekolah itu akan menjadi sekolah yang sangat terkenal dalam dunia, dan jika ada juga, yuran yang dikenakan pasti sangat tinggi!”

Daripada ayat Michael Burry ini, apa yang dapat disimpulkan adalah kita boleh belajar sebanyak ilmu yang mungkin dalam bidang ekonomi, pelaburan dan trading, termasuklah bidang lain-lain pun tetapi akan tiba satu masa, untuk betul-betul berjaya, kita perlukan gaya yang sesuai dengan diri kita sendiri.

Terutama daripada segi pengetahuan, capital dan sebagainya. Itu menjadi kunci utama dalam mencari gaya sendiri.

Sama seperti menjadi seorang trader, belajarlah teknik itu teknik ini malah ada teknik yang digelar teknik Soros, teknik Buffett dan sebagainya, akhirnya kita akan jumpa satu teknik yang memang kita sangat selesa dan kita akan gunakan teknik itu untuk menjadi seorang trader. Itupun kalau berusaha bersungguh-sungguh tanpa putus asa.

Kembali kepada Michal Burry, dia juga merupakan salah seorang value investor, sama seperti Warren Buffett tetapi mempunyai cara pendekatan yang sangat berbeza.

Warren Buffett akan mencari syarikat yang undervalue dengan asas syarikat yang kuat dan akan menjualnya setelah disimpan buat masa yang lama.

Manakala Michael Burry akan mencari syarikat yang tidak dikenali, dan akan menjual setelah harganya naik sedikit.

Secara teorinya, kedua-duanya mempunyai cara fikir yang sama untuk melabur iaitu beli dengan harga yang rendah, jual dengan harga yang lebih tinggi. Namun sudut yang diambil mereka sangat berbeza.

Walaupun kita masih lagi bukan seorang pelabur/trader profesional, amatlah penting untuk kita mempunyai rules dan gaya kita yang sendiri terutama dari segi kesanggupan mengambil risiko, mencari setup yang meyakinkan dan sebagainya.

Bukan sekadar follow signal secara membabi buta atau menggunakan buy call seperti membeli tiket 4D.

Ingat, janganlah cuba untuk menjadi Warren Buffett seterusnya tetapi jadilah seorang pelabur/trader yang berjaya seterusnya, membawa gaya dan nama anda sendiri.

Lagi cool kan??

Tahukah siapa 4 orang trader FX yang hebat dunia? Baca di sini.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register