banner-mutm-728x90

Share This Post

Ekonomi dan Isu Semasa / Forex dan Komoditi / Sesi Asia

Lelaki Ini Tampil Memberi Penjelasan Ketika Ditanya Bertubi-Tubi Mengenai Krisis Kewangan Jepun

Lelaki Ini Tampil Memberi Penjelasan Ketika Ditanya Bertubi-Tubi Mengenai Krisis Kewangan Jepun

Ketua Setiausaha Kabinet Jepun, Yoshihide Suga berkata pada Selasa bahawa kerajaan sedang meneliti pasaran matawang dengan berhati-hati. Kerajaan Jepun juga sedang mengkaji masa untuk tindak balas yang sesuai bagi membendung lebihan yen dalam pasaran.

Suga yang bercakap bagi pihak kerajaan mempertahankan dasar faedah negatif yang sedang diadaptasi oleh Jepun. Beliau turut berpendapat bahawa langkah-langkah itu bakal memberi manfaat kepada institusi kewangan dalam meningkatkan ekonomi.

Selain itu, Suga memberitahu Reuters bahawa Agensi Perkhidmatan Kewangan Jepun dan BoJ kini sedang bermesyuarat.

telegram-moshed

Dalam mesyuarat terbabit, mereka sedang membincangkan tentang pergerakan pasaran bagi tindak balas yang sewajarnya.

Ekonomi Jepun mula dilanda krisis sejak tempoh April hingga Jun. namun, penganalisis masih mengharapkan ekonomi negara itu kembali stabil pada suku semasa.

Keputusan BoJ yang menggunapakai kadar faedah negatif pada bulan Januari lalu gagal memberikan keuntungan tambahan buat Yen berbanding Dollar.

Sementara itu, sebelum ini BoJ memutuskan untuk pembelian dana dagangan bursa pada bulan lepas sebelum melancarkan pakej rangsangan ekonomi.

Ada trader yang tidak sabar menunggu Jumaat ini untuk NFP? Baca dulu artikel ini!

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register