banner-mutm-728x90

Share This Post

Artikel Umum

Lelaki Ini Telah Merubah Dunia Trading Dengan Penemuan Yang Sangat Unik

Lelaki Ini Telah Merubah Dunia Trading Dengan Penemuan Yang Sangat Unik

Artikel ini akan memberi tumpuan kepada seorang lelaki yang dikatakan telah mencipta candlestick chart, candlestick trading pattern dan dianggap sebagai bapa kepada price action dan analisa teknikal.

Lelaki ini dianggap “tuhan” oleh pasaran pada zaman tersebut. Lelaki ini merupakan seorang trader beras dari Jepun.

Namanya ialah Munehisa Homma. Jangka hayatnya adalah dari 1724 sehingga 1803, dan jika apa yang diceritakan mengenainya adalah benar, maka Homma adalah seorang trader yang sangat hebat dalam sejarah dan banyak yang boleh dipelajari daripadanya.

Homma dikatakan berjaya mencapai keuntungan daripada pasaran beras Jepun yang bersamaan dengan $10 billion hari ini.

Selain daripada seorang trader, Homma merupakan seorang penasihat kewangan yang sangat penting kepada kerajaan Jepun dan kemudiannya dinaikkan pangkat menjadi Samurai.

Jika anda pernah dengar “Samurai Trader” maka Hommalah orangnya.

Homma juga dikatakan pernah meraih keuntungan dalam 100 trade berturut-turut.

Homma bermula merekod pergerakan harga pasaran beras menggunakan kertas yang dibuat daripada pokok beras.

Setiap hari Homma dengan semangat jitu melukis pattern harga, merekod harga buka, harga tertinggi, harga terendah dan harga tutup beras.

Daripada situ Homma mula nampak pengulangan dan pattern pattern signal harga dan Homma mula memberi nama kepada pattern tersebut dan terhasillah Japanese Candlestick patterns yang hari ini digunakan oleh kita.

Sebab itu terdapat nama candlestick adalah dalam bahasa jepun seperti doji dan setiap nama membawa maksud yang spesifik.

Homma mula menggunakan pattern ini untuk menjangkakan pergerakan harga beras. Penemuan ini memberi kesan yang sangat besar terhadap dunia trading hari ini.

Candlestick

Japanese Candlestick

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register