banner-mutm-728x90

Share This Post

Ekonomi dan Isu Semasa

Lelaki Kedua Terpenting Lotte Group Ditemui Mati

Naib pengerusi Lotte Group, syarikat kelima terbesar Korea Selatan dijumpai mati namun punca kematian masih belum disahkan.

Lee In-Won yang berusia 69 tahun sepatutnya disoal siasat hari ini mengenai siasatan korupsi yang berlaku dalam syarikat.

Menurut media lokal, pihak berkuasa menemui nota bunuh diri dalam keretanya.

telegram-moshed

Li merupakan salah seorang pegawai eksekutif paling awal dalam Lotte Group, memegang jawatan tertinggi selain daripada ahli keluarga yang mengasaskannya.

Li juga merupakan antara yang paling rapat dengan pengerusi Lotte Group, Shin Dong-Bin.

Jun lalu, pihak pendakwaraya dilaporkan telah menyerbu dan menyiasat pejabat Lotte setelah disyaki berlakunya transaksi yang melanggar peraturan.

Bisnes Lotte Group adalah merangkumi sektor perhotelan, kimia, makanan dan runcit.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register