Share This Post

Ekonomi dan Isu Semasa

Lelaki Terkaya China Ini Mahu Kembangkan Sayap Yang Lebih Lebar!

Lelaki Terkaya China Ini Mahu Kembangkan Sayap Yang Lebih Lebar!

Syarikat terbesar hartanah dan hiburan negara Tembok Besar, Dalian Wanda Group Co dijangka akan menandatangani perjanjian yang bernilai $2 billion dengan Amerika Syarikat tahun ini, menurut pengerusinya, Wang Jianlin.

Setelah membuat pembelian 2 syarikat filem – yang tiap satu bernilai $1 billion, matlamat Dalian Wanda seterusnya adalah membeli saham studio filem yang besar yang dipanggil “Big Six”.

Wang Jianlin menambah, “Saya mahu membeli syarikat Hollywood dan membawa teknologi dan kebolehan masuk ke China”.

Pada Januari lalu, Wang telah membelanjakan sebanyak $3.5 billion untuk membeli saham majoriti ke atas studio filem Legendary Entertainment yang mnghasilkan filem Jurassic World.

Klik sini untuk belajar Forex

Ini sekaligus menjadikan Wanda sebagai syarikat pertama yang memiliki studio Hollywood yang besar.

Dalian Wanda, disenaraikan dalam 500 Fortune Global tahun ini mempunyai matlamat untuk menggandakan pendapatan sebanyak 3 kali gandar ke $22.6 billion pada tahun 2020.

Mereka juga dikatakan berminat untuk memiliki saham Paramount Pictures, yang merupakan salah satu studio filem Big Six.

Kata Wang Jianlin “Kami bukan sahaja berminat dengan Paramount Pictures, tetapi semua sekali. 6 syarikat ini merupakan syarikat filem yang mendominasi industri filem. Jika kami mahu membina empayar filem kami, langkah mendapatkan Big Six ini sangat diperlukan.”

Wang Jianlin merupakan lelaki terkaya di China, terkaya #18 dunia memiliki kekayaan sebanyak $34.4 billion.

Berjaya dalam Forex dengan 10 perkara ini – Klik di sini

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register