banner-mutm-728x90

Share This Post

Tips dan Nasihat

Lelaki Terkaya Ketiga Dunia Kongsikan Tips Untuk Berjaya Dalam Hidup. Dah Baca?

Lelaki Terkaya Ketiga Dunia Kongsikan Tips Untuk Berjaya Dalam Hidup. Dah Baca?

Siapa tak kenal billionaire terkenal Warren Buffett kan? Warren Buffett merupakan CEO syarikat Berkshire Hathaway dan mempunyai kekayaan sebanyak $66.8 billion menjadikannya lelaki ketiga terkaya di dunia.

Setiap mereka yang berjaya, pasti akan kongsikan tips dan nasihat berdasarkan pengalaman yang dilalui mereka dan Warren Buffett juga berkongsi pelbagai tips daripada temuramahnya, ucapannya dan lain-lain.

Salah satu nasihat yang sangat berguna oleh Warrenn adalah bagaimana untuk menetapkan matlamat yang jelas dalam hidup untuk dicapai.

telegram-moshed

Jadi, bagaimana?

Warrenn Buffett memberitahu juruterbangnya untuk menyenaraikan semua perkara yang mahu dibuat dan dicapai dalam hidup.

Semestinya jika kita senaraikan, memang senarai itu akan jadi panjang gila kan?

Contohnya :

  1. Nak jadi trader ulung
  2. Nak travel seluruh dunia
  3. Nak bebas hutang jahat
  4. Nak capai kebebasan kewangan
  5. Nak kebebasan masa
  6. Nak jadi boss
  7. Nak miliki bisnes juta-juta
  8. Nak kereta mewah
  9. Nak pindah ke negara lain
  10. Nak jet peribadi
  11. Nak
  12. Nak
  13. Nak
  14. Nak
  15. Nak
  16. Nak
  17. Nak
  18. Nak
  19. Nak
  20. Nak

Dan senarai ini makin panjang, makin panjang dan makin panjang jika diluangkan masa satu hari nak capai apa dalam hidup.

Kemudian Warren Buffett kata, “Bulatkan hanya 5 perkara yang betul-betul yang awak mahukan daripada senarai itu dan buang yang tidak dibulatkan itu”.

Tanya diri sendiri, apakah 5 matlamat yang mahu dicapai. Tanya betul-betul dan sebenarnya anda akan jumpa satu tema yang membolehkan anda mengenali diri anda dan apa yang anda mahu sebenarnya.

Sebenarnya ini boleh jadi latihan kepada anda untuk menentukan apakah prioriti utama yang sebenarnya anda patut fokus.

Pegang pen, sediakan kertas, mula tulis sekarang dan cepat-cepat usaha capai matlamat tersebut.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register