Lima News Besar Tumpuan Pasaran Pada Minggu ini (14-18 Mei)

0 994

Pasaran forex pada minggu ini akan berfokus kepada data jualan runcit Amerika Syarikat yang dijangka akan memberi isyarat jelas terhadap tingkah laku pengguna-pengguna di negara itu. Pasaran juga akan memberi perhatian kepada data pekerjaan United Kingdom yang akan dikeluarkan pada hari Selasa.

Selain itu, antara isu utama pada minggu ini juga adalah perjanjian NAFTA yang akan berlangsung di Washington. Rundingan perdagangan antara AS-China juga akan terus diteliti.

Berikut adalah 5 berita yang pasaran akan tumpukan pada minggu ini:

#1 Data pekerjaan United Kingdom (Selasa)

Data ini akan dikeluarkan pada Selasa pukul 4.30 petang. Data terbaru yang dikeluarkan sebelum ini agak mengecewakan pasaran di mana jumlah tuntutan pengangguran meningkat kepada 11,600 lebih rendah daripada jangkaan pada bulan Mac. Walaupun kadar pengangguran berkurangan kepada 4.2% pada Februari, kadar gaji masih kekal 2.8% kurang daripada jangkaan kenaikan 3%. Minggu lalu, Bank of England (BoE) mengekalkan kadar faedah dan menunjukkan isyarat bahawa kadar tidak akan dinaikkan dalam masa terdekat.

#2 Data jualan runcit AS (Selasa)

Data ini akan dikeluarkan pada Selasa pukul 8.30 malam. Bacaan sebelum ini merekodkan bacaan yang lebih daripada jangkaan. Penggunaan oleh penduduk melalui data jualan runcit penting untuk melihat prestasi ekonomi semasa, kerana ia mewakili sejumlah besar keseluruhan ekonomi Amerika Syarikat.

#3 Data inflasi Zon-Eropah (Rabu)

Data ini akan dikeluarkan pada Rabu pukul 5 petang. Pasaran menjangka data kali ini kekal 1.2% seperti bulan lalu. Kejatuhan bacaan inflasi sudah dijangka seperti yang telah diulas oleh ECB. Kenaikan matawang Euro terhenti sejak awal tahun ini disebabkan data ekonomi yang kurang memberangsangkan. Hal ini sekaligus mengurangkan jangkaan pengetatan polisi monetari di masa akan datang.

#4 Data pekerjaan Australia (Khamis)

Data ini akan dikeluarkan pada Khamis pukul 9.30 pagi. Laporan data sebelum ini pada Mac adalah mengecewakan di mana pekerjaan hanya bertambah sebanyak 4,900. Kadar pengangguran pula kekal di paras 5.5%. Gambaran besar adalah positif kepada Australia dan RBA menjangka pertumbuhan yang lebih pantas di masa hadapan.

#5 Data inflasi CPI Kanada (Jumaat)

Data ini akan dikeluarkan pada Jumaat pukul 8.30 malam. Data ini penting untuk melihat bagaimanakah ia akan memberi tekanan kepada pengetatan polisi Bank of Canada (BoC). Seperti biasa, jika data inflasi meningkat ia akan menyebabkan kenaikan dolar Kanada (CAD).

Langgan Newsletter dari Moshed.com
Langgan segera untuk mendapatkan kemaskini terkini dan "special offer" yang akan terus dihantar ke e-mel anda.
Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa