Share This Post

Ekonomi dan Isu Semasa / Pandangan Kalendar Ekonomi

Lima News Yang Memberi Impak Tinggi Kepada Pasaran Minggu Ini (17-21 Julai)

Lima News Yang Memberi Impak Tinggi Kepada Pasaran Minggu Ini (17-21 Julai)

Perkembangan terbaru oleh bank-bank pusat sekali lagi akan menjadi perhatian minggu ini khususnya European Central Bank (ECB) yang akan mengadakan mesyuarat penetapan polisi pada Khamis.

Komen-komen oleh ECB akan menjadi tumpuan, dan kita tidak akan mendengar sebarang komen dari Federal Reserve kerana mengikut peraturan mereka tidak dibenarkan memberi sebarang komen seminggu sebelum mesyuarat polisi bank pusat.

Pasaran juga akan berjaga-jaga dengan komen dari Bank of England dan tidak lupa juga mesyuarat penetapan polisi Bank of Japan (BoJ) pada Khamis.

1) Mesyuarat penetapan polisi ECB (Khamis)

Pengumuman polisi semasa akan diadakan pada Khamis pukul 7.45 pm waktu Malaysia. Sebarang komen dan pengumuman oleh ECB adalah penting dalam beberapa bulan akan datang selepas isyarat-isyarat pengurangan rangsangan yang diberikan sejak beberapa minggu lalu.

Namun, dalam penetapan polisi kali ini pasaran tidak menjangka sebarang perubahan polisi melainkan hanya pengurangan kecenderungan (bias) pelonggaran dalam kenyataan awal.

2) Data inflasi UK (Selasa)

Data inflasi semakin penting sejak akhir-akhir ini apabila bacaan semasa telah melebihi sasaran yang telah diletakkan oleh bank pusat. Selain itu, tiga pegawai Monetary Policy Committee (MPC) sebelum ini telah memilih untuk menaikkan kadar faedah yang dijangka akan sekali lagi mengundi untuk kenaikan kadar pada mesyuarat Ogos.

Sebarang kenaikan bacaan inflas sehingga melebihi 3% sudah tentu akan memberi tekanan kepada Bank of England untuk menaikkan kadar faedah.

3) Penetapan polisi Bank of Japan (Khamis)

Bank pusat Jepun akan mengadaka mesyuarat pada Khamis dan dijangka akan mengumumkan polisi terbaru pada pukul 11 pagi waktu Malaysia. Polisi dijangka akan kekal dengan fokus adalah kepada unjuran pertumbuhan ekonomi dan juga inflasi.

4) Data pertumbuhan ekonomi China (Isnin)

Data pertumbuhan negara ekonomi kedua terbesar dunia adalah penting kepada ekonomi global sebagaimana China dengan gelaran enjin pertumbuhan ekonomi dunia.

Data terbaru telah dikeluarkan pagi tadi dengan pertumbuhan tidak berubah daripada bacaan sebelum ini pada suku pertama 6.9%. Namun ia melebihi jangkaan pasaran 6.8%.

Satu lagi data yang dikeluarkan oleh China sebentar tadi ialah, bacaan pengeluaran industri yang meningkat kepada 7.6% berbanding jangkaan dan bacaan sebelum ini 6.5%.

5)  Data inflasi New Zealand (Selasa)

Data ini akan dikeluarkan pada pukul 6.45 am waktu Malaysia. Bacaan inflasi New Zealand hanya dikeluarkan empat kali setahun yang mana meningkatkan kesannya kepada polisi monetari.

Data sebelum ini telah meletakkan semula inflasi dalam lingkungan sasaran bank pusat dengan jangkaan bagi data kali ini ialah kenaikan 0.2% berbanding sebelum ini yang meningkat 1.0%.

Komen atau kenyataan yang lebih hawkish daripada bank pusat negara lain akan turut menekan RBNZ (Reserve Bank of New Zealand) untuk mengetatkan kadar faedah.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal