Lima Perkara Yang Anda Perlu Tahu Dalam Pasaran Hari Ini

0 533

Ini perkara-perkara yang anda perlu tahu dalam pertengahan sesi Eropah sehingga pembukaan pasaran New York malam ini. Antara yang menjadi perhatian pemain pasaran hari ini ialah:

#1 Amerika Syarikat memburukkan situasi perang perdagangan dengan China apabila mengancam untuk menambah tariff sehingga $200 billion sekaligus meningkatkan semula kebimbangan tercetusnya perang perdagangan berskala besar antara AS-China. Senarai produk baru yang dikenakan tariff termasuk pakaian, komponen televisyen dan produk teknologi.

#2 Perkembangan semasa isu perdagangan menekan indeks saham global pada Rabu. Pasaran saham global kini beralih kepada  negatif selepas dua sesi dagangan sebelum ini yang memberangsangkan. Pasaran Eropah dan Amerika Syarikat ditutup positif dan kini pasaran Asia didagangkan negatif berikutan pengumuman kerajaan AS awal pagi tadi.

#3 Harga minyak mentah turut terkesan berikutan ancaman baru oleh Amerika Syarikat. Paling banyak mengalami kejatuhan adalah penanda aras Brent yang jatuh lebih daripada $1 disebabkan kebimbangan pelabur terhadap ancaman tersebut. Kejatuhan minyak bersangkut paut dengan status China sebagai pengguna minyak mentah terbesar dunia.

#4 China dilaporkan akan membalas jika tariff $200 billion jadi kenyataan. China mendakwa Amerika Syarikat sedang membuli dan akan membalas tariff tersebut. China berkata selepas ancaman itu, “Ia adalah mengejutkan” dan akan melaporkan ia kepada WTO.

#5 AUD matawang paling lemah setakat hari Rabu. Seperti biasa, AUD akan tertekan apabila berlaku ketidaktentuan perdagangan di China kerana status negara itu sebagai rakan dagang terbesarnya. Oleh itu, keadaan ekonomi khususnya perdagangan akan memberi kesan besar kepada Australia, dan seterusnya matawang AUD.

Langgan Newsletter dari Moshed.com
Langgan segera untuk mendapatkan kemaskini terkini dan "special offer" yang akan terus dihantar ke e-mel anda.
Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa