728x90_malay_adsprime-tukar-broker

Share This Post

CRUDE OIL / Forex dan Komoditi / Sesi Asia

Lompatan Harga Dari Minyak Mentah Bukan Calang-Calang!

Lompatan Harga Dari Minyak Mentah Bukan Calang-Calang!

Harga minyak mentah mencatat keuntungan berganda pada sesi ini berbanding minggu lepas berikutan prospek pembekuan output yang semakin menguat.

Di New York Merchantile Exchange, minyak mentah bagi penghantaran Oktober melonjak 1.83% kepada $44.42 setong. Sementara itu, Brent mentah di London melonjak 1.70%.

Pada minggu lepas, harga minyak jatuh mendadak pada mencecah angka terendah bagi tempoh 5 minggu. Hal ini berikutan peningkatan jumlah eksport dari OPEC telah menambah kebimbangan terhadap lebihan bekalan global.

telegram-moshed

Pelantar penggerudian minyak mentah Baker Hughes melaporkan pada Jumaat, jumlah penggerudian minyak minggu lalu meningkat daripada 2 hingga 416.

Menurut Pentadbiran Maklumat Tenaga Amerika Syarikat, inventori sulingan termasuk diesel meningkat sebanyak 4.619 juta tong. Data ini menunjukkan lompatan mingguan tertinggi sejak Januari lalu sekali gus meletakkan salam produk itu ke paras enam tahun tertinggi.

Selain itu, jumlah pertambahan eksport Iran juga menambah kebimbangan lebihan global. Pengeluar ketiga terbesar OPEC itu menaikkan jumlah eksport mentah kepada lebih 2 juta tong sehari pada bulan Ogos.

Kini tumpuan terus beralih kepada pertemuan pengeluar minyak utama yang bakal diadakan pada 26 hingga 28 September ini. Menurut pakar pasaran, pertemuan itu dijangka bakal mencapai kata sepakat bagi mengurangkan lambakan global.

Pun begitu, sebahagian besar pasaran masih percaya bahawa rundingan pembekuan bekalan akan ditangguhkan semasa mesyuarat rasmi OPEC di Vienna pada 30 September nanti.

Adakah anda tahu bahawa lonjakan komoditi hitam ini secara tidak langsung menyelamatkan Ringgit? Baca disini!

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register