728x90_malay_adsprime-trading-bonus

Share This Post

Trader Confessions

Lost $30,000 Akibat Broker Tipu Tidak Mematahkan Semangat Trader Jalanan Ini Untuk Berjaya

Lost $30,000 Akibat Broker Tipu Tidak Mematahkan Semangat Trader Jalanan Ini Untuk Berjaya

Dari : Trader Jalanan
Tajuk : Kisah aku, kami dan forex.

Terima kasih kepada team Moshed.com kerana memberikan peluang ini kepada saya untuk meluahkan segala pengalaman yang dilalui sehingga ke tahap ini.

Alhamdulillah syukur kehadrat Allah kerana mengurniakan guru guru yang membimbing saya daripada seorang yang tidak tahu apa apa dalam bidang ini, sehingga berjaya dalam memberikan tunjuk ajar.

Saya bermula mengenali forex pada tahun 2008 dan ketika itu hanya ambil acuh tak acuh sahaja, iyalah ketika itu perniagaan agak stabil tapi menjelang 2011 saya terpaksa terjun ke dunia forex ini kerana menyangkakan ianya dapat memberikan pulangan yang lumayan dan pantas, tapi sayang saya berputus asa kerana tiada ilmu yang cukup serta perasaan ingin kaya cepat  dan emosi yang tidak stabil. Bak kata geng geng lama selalu langgar dinding. Depo sahaja je time ni.

Saya menyerah dan berputus asa pada ketika itu tapi pada 2012 saya mendapat jemputan untuk bersama dalam satu kumpulan trade forex yang diberi nama tujuh geng laju, ketika itu kami semua belajar semula tentang basic asas forex ini, dalam masa tersebut kejayaan dan kejayaan dalam trade sangat memberangsangkan dan kami semua amat gembira dengan kejayaan tersebut dan inilah masanya dimana mimpi ngeri kami bermula, dimana kami tidak boleh widraw profit kami, ketika itu kami telahpun melabur hampir kesemua wang kami dalam broker tersebut dan kami telah menggandakan dengan begitu baik sekali, tapi kami tidak boleh membuat pengeluaran, kami membuat aduan pada IB dan kami mendapat perkabaran tak boleh widraw jika tidak cukup bilangan lot entry, kami pecahkan acc menjadi lebih banyak dan kesemua acc menjadi lebih besar, tapi kami masih tidak boleh membuat pengeluaran kami mula panik.

Klik untuk belajar Forex

Kami mula mencari cari IB dan bertnyakan perkara ini tapi kami tidak mendapat membuat pengeluaran dan ketika tu bayangkan 100 usd pun tidak boleh widraw. Total keseluruhan hampir 30K USD KEUNTUNGAN TIDAK DAPAT DIRASA.

Kami pun berpecah mencari jalan kehidupan masing masing dan setelah hampir 2 tahun kami mengkaji semula dan memerhatikan serta membuat latihan hujung 2014 kami mula semula mengumpulkan ahli 7 geng laju.

Kami membuat beberapa grup sokongan dan pembelajaran serta membuat analisa dan belajar bersama sama dibawah bimbingan saudara Mr M team GO bro ganja TCFX,  bro z and bro sepul and i want to said bro i have to mention all of your name cause I’m really in debt with you for all your kindness. And i want whole world know who you are. All of you was a great teacher and my best buddies. Dunya and akhirah.

Tahun 2014 adalah tahun dimana saya mengumpul semula segala apa yang saya hilang dahulu dengan berbekalkan modal USD 10. Pada disember tersebut saya berjaya membuat pengumpulan 1000 USD PERTAMA dalam masa satu minggu Rasa syukur sangat time tu. Kemudian saya praktikkan apa yang diajar oleh guru guru saya mm jaga emosi kawal dan paling penting rezeki ni Allah yang bagi.

Kemudian saya mula konsisten dan seronok trade dan pada pada Mac 2016 saya nekad menjadi FTT dan meninggalkan projek bernilain jutaan ringgit, gila kan tapi Alhamdulillah segala rezeki yang diperoleh dalam bidang ini dapatlah merasa masuk rumah baru tanpa bayaran bulanan dan dapat meluangkan masa bersama keluarga dengan lebih lagi. Nasihat saya pada adik adik abang abang diluar sana yang ingin menceburi bidang ini ataupun dah berada dalam bidang ini, belajar dan cuba kawal emosi anda serta money management yang betul, SL kene letak dan sayangi USD anda waima 10USD sekalipun. Saya pernah rasa hanya ada 10 usd sahaja dalam acc dan itu adalah wang terakhir saya. Tekanan jangan kata la bil bil kereta susu pampers anak lagi kene sayang USD anda.

Langgar dinding itu perkara biasa tapi kaji kenapa terlanggar dinding itu dan bagaimana mengelakkan dinding itu pada masa akan datang, dan jangan lah mudah terpedaya dengan pelbagai teknik teknik kerana hanya ada satu teknik sahaja yang sesuai dengan seseorang trader. Setkan matlamat dan ikut perlahan lahan, jangan la nak depo 10 usd dalam sejam dapat 1000 usd bukan tidak boleh tapi ianya memenatkan anda. Abang pernah semalam profit 10000 usd tapi kerana tamak abang biarkan sahaja konon konon buy kelangit sekali buka esok pagi hambek kau. Hilang. Entry full margin aka lot gajah boleh tapi salah placing maaf acc anda akan koyak terus tanpa belas ehsan. Saya tidak rekomen full margin dalam trading ini. Fahami satu teknik dan kaji habis habis seperti indicator kaji satu satu indi sehingga faham dan jangan lompat lompat belajar sana sini.

Akhir sekali jangan lah lupa pada guru mak ayah dan Allah yang memberikan rezeki pada kita. Saya teringat pada ayat seorang trader senyap ini dia berkata nak depo berkali kali ataupun widraw berkali kali. Terima kasih kepada team Moshed yang memeberikan peluang berkongsi masalah ini. Ingat kata kata saya biar MC tapi belajar daripada mc tersebut dan bagaimana menangani kerugian tersebut dan menjadikan ianya lebih minima. Biar total widraw mengatasi total deposi kerana jalan forex ini mudah sahaja sifirnya iaitu Untung – deposit – rugi = PROFIT. Kalau negatif sila cari silap anda perbaiki diri dan bukan menuding salahkan guru dan bisnes Ini hanya untuk yang kental.

Yang benar abang trader jalanan

P/s : Loss 30k usd tu sebagai yuran pembelajaran kami dalam kehidupan. Tak boleh withdraw kira loss la kan heheh.

#sabarituindah
#cahayadihujungjalanadabagiyangyakin

Klik di sini untuk luahkan perasaan dan berkongsi pengalaman menjadi trader.

Share This Post

Lost Password

Register