Share This Post

Artikel Umum

“Low Cost Tidak Bermakna Low Quality” : Tony Fernandes

“Low Cost Tidak Bermakna Low Quality” : Tony Fernandes

Laman web penerbangan terkemuka dunia iaitu Skytrax telah menamakan Air Asia sebagai syarikat penerbangan tambang murah yang terbaik di dunia buat kali kelapan berturut-turut.

Syarikat yang berpangkalan di Sepang itu telah menerima anugerah dalam Majlis Farnborough Airshow 2016.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia iaitu Tony Fernandes memberitahu Skytrax bahawa beliau ingin memberi penghargaan buat semua kakitangan AirAsia yang memastikan kos rendah tidak bermakna kualiti juga rendah.

Menurut Business Insider, ranking ini di keluarkan oleh Skytrax setelah mengambilkira tanggapan oleh 19.2 juta pelancong dari 104 buah negara yang berbeza. Kaji selidik ini juga merangkumi 280 syarikat penerbangan untuk mengetahui keselesaan dan kualiti perkhidmatan oleh syarikat penerbangan.

Berikut merupakan syarikat penerbangan tambang murah yang menduduki tangga 10 teratas di dunia :

  1. Azul Brazilian Airlines

Syarikat ini hasil cetusan idea terbaru oleh syarikat JetBlue dan pengasas bersama WestJet. Syarikat ini beroperasi kebanyakannya di dalam Brazil dan mengehadkan oeprasinya di AS dan Eropah.

  1. Jetstar Asia

Memulakan operasi pada tahun 2004, syarikat kepunyaan Singapura ini mengendalikan pesawat Airbus A320 ke destinasi yang berfokus di Asia Tenggara.

  1. IndiGo

IndiGo merupakan salah satu syarikat penerbangan tambah murah yang pantas berkembang di rantau ini. Salah satu pandangan penumpang yang menggunakan khidmat ini mendapati bahawa IndiGo mempunyai servis oleh crew kabin yang sangat baik.

  1. WestJet

Sejak diperkenalkan pada tahun 1996, WestJet telah bangun menjadi syarikat penerbangan kedua terbesar di Kanada. Kini, syarikat ini telah mengendalikan lebih 100 jet Boeing ke lebih 100 destinasi di seluruh Amerika Utara dan Kepulauan Carribean.

  1. AirAsia X

Syarikat ini mengendalikan penerbangan jarak jauh dan juga merupakan anak syarikat bagi AirAsia. AirAsia X menggunakan pesawat Irbus A330-300 serta menawarkan kelas penerbangan premium dan ekonomi di seluruh Asia.

  1. Jetstar Airways

Syarikat ini berpangkalan di Melbourne dan ini merupakan kali kelima berturut-turut Jetstar diiktiraf sebagai Syarikat Tambang Murah Terbaik di Australia dan Rantau Pasifik.

  1. Easy Jet

Sejak dua dekad lalu, Easy Jet hanya memokuskan penerbangan jarak dekat dah menawarkan kos yang murah kepada semua penggunanya. Syarikat itu mempunyai 230 pesawat Airbus dan terbang ke lebih 800 destinasi di Eropah.

  1. Norwegian

Norwegian Air merupakan salah satu syarikat penerbangan yang paling agresif di dunia dan berpangkalan di Ireland. Syarikat ini turut diiktiraf sebagai syarikat tambang murah serta mengendalikan perjalanan jauh yang terbaik di dunia.

  1. Virgin America

Virgin America bukan sahaja mendapat gelaran syarikat penerbangan tambang murah terbaik di Utara Amerika, malahan di benua. Syarikat yang berpengkalan di San Francisco ini menawarkan perkhidmatan berkualiti tinggi dan harga yang kompetitif.

  1. AirAsia

AirAsia dianugerahkan sebagai syarikat tambang murah terbaik di dunia untuk kali kelapan berturut-turut. Syarikat dibawah pengawasan Tony Fernandes ini dikatakan telah melakukan tugas terbaik dalam tempoh 15 tahun apabila berkembang dari syarikat kecil sebelum ini.

Apa Itu ECB dan Bagaimana Matawang Euro Boleh Wujud?

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register