728x90_malay_adsprime-trading-bonus

Share This Post

Trader Confessions

Luahan “Prince Profit” Ini Akan Buat Anda Tersedak!

Luahan “Prince Profit” Ini Akan Buat Anda Tersedak!

Penulis : Prince Profit

Tajuk : Genuine Forex Trader

Forex trader. Semua ingin menjadi forex trader. Semuanya atas satu ayat iaitu “Aku nak jadi kaya“. Akan tetapi adakah semudah itu forex trader akan menjadi kaya? Jawapannya ya, 80% kaya dengan mengajar, kaya dengan sistem atau indicator, kaya dengan menipu melebarkan sayap skim cepat kaya dan kaya dengan memberi wang (deposit) kepada broker.

Sudah banyak penulisan menyentuh mengenai betapa susahnya untuk membuat duit daripada forex. Sudah banyak penulisan mengenai kesedaran bahawa forex tidak semudah yang kita sangka. Ramai yang sudah membaca kesemua artikel tersebut. Jadi saya tidak ingin menyentuh mengenai bab tersebut. Apa yang ingin saya sampaikan ialah anda tidak akan dapat menjadi genuine forex trader di dalam masa yang singkat. Percayalah, walaupun anda bersengkang mata berbulan-bulan sekalipun, saya tetap mengatakan bahawa tidak semudah itu.

Tahukah anda bahawa sebelum anda berjaya menjadi kaya dengan duit di
dalam forex, anda wajib kaya dengan :

1) Ilmu

2) Strategy urusniaga

3) Pengalaman

ILMU
Apa yang anda semua pelajari mengenai forex itu adalah semata-mata panduan anda untuk mengenal apa itu strategi urusniaga forex. Ini hanyalah panduan seperti anda belajar di darjah 1. Walau apa pun ilmu forex tersebut, peringkat advance, master or profesional saya boleh katakan bahawa ianya tetap di tahap darjah 1. Jadi jangan salahkan tenaga pengajar jika anda masih gagal di dalam forex walaupun sudah banyak kali anda masuk kelas. KERANA APA? KERANA ITU ADALAH PANDUAN SAHAJA. Ianya sebagai panduan anda sahaja. Anda tidak akan berjaya jika anda hanya bergantung harap kepada panduan sahaja. Ianya seperti anda membawa kereta dan anda nampak pada sign board bahawa perjalanan anda masih berbaki 100KM untuk sampai ke destinasi.  Jadi jika anda mempunyai teknik memandu dan pengalaman, mungkin anda akan sampai ke destinasi di dalam 70KM sahaja.  Kerana anda telah berpengalaman atas faktor jalan singkat dan teknik pemanduan anda yang baik.

TEKNIK URUSNIAGA
Tahukah anda bahawa yang menentukan kemahiran ilmu anda ialah bagaimana prestasi trading anda ketika anda sudah masuk di dalam pasaran bergerak ( market open). Dan saya yakin 100% bahawa anda pasti tidak akan terus berjaya dan tidak akan terus membuat duit daripada forex pada tahap ini. Terimalah hakikat bahawa anda masih belum layak untuk digelar genuine forex trader pada tahap ini. Kerana anda perlu sedar bahawa pada tahap ini anda hanya perlu berkenalan dengan pasaran forex dengan ilmu/panduan yang telah anda pelajari. Kenalkan dulu bagaimana panduan yang anda pelajari digunakan pada pasaran. Anda perlu mahirkan atau berkenalan dengan setiap penggunaan panduan tersebut. Dan pada tahap inilah “Demo Akaun” digunakan untuk mengasah penggunaan panduan yang anda telah pelajari.

Pada tahap ini jugalah anda akan diserang sejenis penyakit iaitu “Penyakit Tamak” dan “Penyakit tidak mahu terima kerugian”.  Terimalah hakikat bahawa pada tahap ini anda perlu rugi. Anda perlu belajar mengenai mengawal perasaan tamak dan belajar mengenai kesabaran dan disiplin “entry the market”. Semuanya anda akan belajar jika anda mengalami kerugian di dalam demo akaun. Jadi jangan bersedih kerana anda perlu rugi di dalam peringkat ini.

PENGALAMAN
Baiklah, ini adalah point yang paling penting sekali di dalam dunia pelaburan. Saya berterus terang dan saya yakin jika anda telah belajar ilmu dan teknik urusniaga forex bernilai ratusan ribu ringgit sekalipun dan belajar dengan super trader sekalipun, saya tidak akan berbangga dan ianya tidak menjadi sebab anda akan menjadi orang yang berjaya dan kaya di dalam forex. Walaupun ilmu anda tinggi dan teknik anda terbaik, jika pengalaman tidak mencukupi, anda bukanlah seorang yang kaya di dalam forex  percayalah. Ketika anda masuk di dalam pasaran forex, apa yg anda pelajari selama ini hanyalah panduan dan mengasah teknik sahaja. Yang paling utama di dalam forex ialah anda perlu sebatikan ilmu, teknik dan pengalaman. Tanpa pengalaman anda akan sering “di tipu” oleh pergerakan pasaran. Ingat, pasaran forex bergerak amat tidak sekata. Ianya tidak mempunyai sebarang petanda 100% utk memberitahu kita untuk buy or sell. Pasaran forex tidak statik. Teknik dan ilmu sahaja tidak dapat mengawal pasaran yg tidak statik. Ianya perlu disebatikan dengan pengalaman yang boleh menyelamatkan kita daripada arus tidak statik pasaran forex. Ianya boleh menyelamatkan kita daripada terus kehilangan wang di dalam akaun forex anda. Dan ianya juga akan memberikan kita 20% kerugian di dalam forex. Iaitu risiko dan human error ketika berurusniaga berbanding kerugian 100%.

Pengalaman juga adalah nadi kepada keputusan “entry” pada setiap peluang yang ada. Pengalaman juga adalah rahsia utama seorang genuine forex trader menjadi kaya dengan forex. Atas sebab itu semua yang berjaya di dalam forex akan menggunakan kaedah yang sama seperti kita ketika membuat urusniaga. Seperti super trader Dan Zanger hanya mengatakan bahawa menggunakan chart pattern ketika berurusniaga. Apa bezanya kita? Kita pun mahir melihat chart pattern. Warren Buffet pula hanya menggunakan kaedah fundamental dan beberapa kaedah tools di dalam forex untuk membuat urusniaga. Apa bezanya kita?  Kita pun mahir menggunakan fundamental dan tools (indicator). Seorang trader billionaire daripada jepun, hanya menggunakan DOM sebagai intipati urusniaga. Apa bezanya kita semua? Di kalangan kita pun ada juga yang mahir menggunakan DOM. Tapi, persoalannya…

KENAPA KITA MASIH DITAKUK YANG LAMA? MASIH JUGA TIDAK MENJADI KAYA DI DALAM FOREX?

JAWAPANNYA IALAH PENGALAMAN TIDAK DAPAT DIJUAL BELI DAN ORANG YANG
BERJAYA TIDAK AKAN DAPAT MENGAJAR PENGALAMAN MEREKA KEPADA KITA!

Jadi, bagi saya setiap traders semuanya berlainan. Berlainan dari segi pengalaman. Dan itulah penyebabnya kenapa orang lain belajar perkara yang sama tapi kenapa dia dulu yang berjaya? Semuanya adalah disebabkan oleh pengalaman kita yang berbeza. Jika anda baru ceburi bidang forex baru 1 tahun hingga 3 tahun, pengalaman anda belum lagi mencukupi sebenarnya. Jika sudah berada di dalam forex 3 tahun ke atas, jangan berbangga. Kerana adakah anda seorang yang konsisten trader selama 3 tahun? Adakah anda seorang yang menggunakan demo akaun selama 1 ke 2 tahun secara konsisten? Renung-renungkan dan selamat mengenal akan erti genuine forex trader.

Ilmu dan teknik urusniaga forex anda sudah perolehi. Now, carilah pengalaman sebelum bergelar genuine forex trader. Ianya memerlukan masa yang panjang utk menjadi genuine forex trader. Jangan salahkan diri anda jika anda selalu gagal di dalam trading anda. Kerana kegagalan dan kerugian itu sebenarnya mengajar anda mengenali pergerakan pasaran dan memberi penambahan pengalaman yang berharga untuk anda. Pengalaman anda amat tinggi maruahnya. Ianya tidak dapat dijual beli. Ianya tidak dapat dikongsi sepenuhnya kepada orang lain. Pengalaman hanya untuk bersama dengan anda. Pengalaman adalah kekasih anda ketika anda berada di dalam pasaran forex.

ILMU + TEKNIK URUSNIAGA FOREX + PENGALAMAN ADALAH RAMUAN SEBENAR UNTUK MENJADI GENUINE FOREX TRADER. Inilah rempah sebenar untuk menjadi kaya di dalam forex trading.

Anda mahu meluahkan perjalanan anda sebagai trader? Luah di sini – Klik sini.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register