728x90_malay_adsprime-tukar-broker

Share This Post

Trader Confessions

Luahan Trader Ini Boleh Buat Sentap Kalau Anda Peminat Setia Sayangku Kapten Mukhriz!

Luahan Trader Ini Boleh Buat Sentap Kalau Anda Peminat Setia Sayangku Kapten Mukhriz!

Dari : Trader Raya Di Bandar
Tajuk : Cukup Ke Pengorbananan Kita?

Selamat hari raya Aidiladha saya ucapkan kepada Tim Moshed.com, para trader, dan kepada semua yang beragama Islam tak kira di mana saja anda berada.

Hari ini hari raya haji atau raya korban, saya raikan di kota metropolitan menunaikan tanggungjawab saya sebagai seorang pekerja di sebuah syarikat.

Oleh kerana kena bertemu klien hari ini sehinggalah hari rabu, memang hajat nak pulang ke kampung beraya tidak kesampaian.

Kalau tidak, sekarang memang tengah sembelih lembu, lapah daging, masak daging lembu untuk orang kampung, haih terkenang raya tahun lepas di kampung.

Tapi demi tanggungjawab dan matlamat, saya kena korbankan apa yang saya perlu korbankan dan bekerja di hari raya adalah salah satu daripadanya.

Saya bekerja di sebuah syarikat korporat di Kuala Lumpur dan juga merupakan seorang part-time trader.

Semasa confession ini ditulis, saya sedang menantikan jam 11:00 pagi nanti akan bertemu dengan klien dari luar negara.

Apa yang saya nak kongsikan adalah berkaitan dengan pengorbanan bersempena dengan aidiladha (mood sedih).

Saya ada juga ramai kenalan yang bekerja dan trade. Cuma apa yang saya perhatikan, saya nilai, lebih banyak complain daripada sanggup berkorban.

Ya lah, memang tak senang nak trade sambil kerja tapi kalau jadi fulltime pun, tak semestinya senang.

Penat, susah, kecewa tu perkara biasa dalam hidup ni. Tak kira lah nak jadi trader ke nak jadi apa ke tapi apa-apa pun kena berkorbanlah.

Grab peluang yang ada dengan masa yang terhad tu. Terhad ke sebenarnya? Bagi saya tidak pun. Contoh macam saya, habis kerja pukul 5 petang, agak-agak taknak balik dalam traffic jam, stay office sampai pukul 7, study chart, baca buku, baca informasi baru dan banyak lagi boleh buat dalam masa 2 jam tu.

Salah seorang daripada kawan saya, memang saya salute lah. Pergi balik office naik LRT, dalam train tak pernah tak baca buku.

Katanya, “Membazir gila wey kalau dok dala train melanguk saja, bayangkan kalau kau baca buku bisnes dalam train, 5 hari naik turun train dah habis baca dah, cuma masalah orang kita ni budaya membaca tu sikit sangat, bukan apa, malas! Skrol Facebook baca gosip bukan main rajin”.

Dan kawan saya tu, apa yang saya tahu tentang dia adalah dia suka bisnes online dan memang tiap hari, akan ada saja buku-buku bisnes yang berkaitan dengan marketing lah, funnel lah, kenal pelanggan lah semua jenis buku saya nampak dia pernah bawa merata dan saya tahu dalam train dia baca.

Itulah yang dinamakan pengorbananan, masa terluang bukan tonton Misiku Kuza, Kapten Mukhriz, Rindu 200% tapi tengok video tutorial, baca buku berfaedah.

Kalau kawan-kawan trader semua nak berjaya, rasailah keperitan tu, supaya manis dia tu dapat feel sampai bila-bila.

Yang muda, jangan tangguh-tangguh dah, yang senja, kena lagi cepatkan. Masa takkan tunggu kita tau.

Korbankan masa, korbankan wang, korbankan kudrat untuk capai kejayaan tu. Nanti kalau dah berjaya, tontonlah semua telenovela semua tu kalau nak (comfirm tak layan dah nanti karut marut tu semua).

Sekali lagi saya ucapkan selamat hari raya semua, doakan pertemuan saya dengan klien berjalan lancar dan trade saya terus profit. 🙂

Share This Post

Lost Password

Register