Luno Dijangka Membuka Pejabatnya Di Kuala Lumpur Pada Awal 2018

1,923

Luno satu pusat tukaran matawang crypto yang terjejas disebabkan regulasi di Malaysia mengesahkan akan membuka pejabat di Kuala Lumpur dengan permintaan yang semakin tinggi di kalangan rakyat Malaysia.

Syarikat yang berpangkalan di United Kingdom ini adalah antara bursa bitcoin yang terawal di dunia di samping Bittrex dan Coinbase yang berpangkalan di Amerika Syarikat.

Ketua Pegawai Pemasaran dan Komunikasi Luno, Werner van Rooyen berkata pihak mereka merancang untuk memperkukuhkan proses dari segi depost dan pengeluaran wang.

Luno sudah mempunyai pejabat urusan mereka di Singapura dan Afrika Selatan di mana Afrika Selatan adalah pasaran terbesar yang dikuasai oleh Luno.

Luno ketika ini hanya menawarkan pertukaran dua matawang crypto iaitu Bitcoin dan Ethereum. Dengan pilihan hanya dua matawang ini sahaja, sebenarnya ia dilihat terhad kerana peningkatan dagangan dari segi matawang murah yang lain seperti Verge, Tron, Quantstamp, Ripple dan banyak lagi.

Bagi persediaan pembukaan pejabat cawangan mereka di Malaysia, Luno juga sedang menemu duga calon-calon yang berpotensi.

“Kami sedang mengambil pekerja dengan pantas di seluruh dunia. Ini termasuk pengurus dan pengurus operasi di Malaysia, kata beliau.

Baru-baru ini, dalam laporan berita 2 Januari lalu, Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata bank pusat tidak akan menghalang sepenuhnya dagangan matawang kripto, termasuk bitcoin kerana tindakan tersebut akan menghalang inovasi dan kreativiti dalam pasaran kewangan, khususnya teknologi kewangan (fintech).

“Kita tidak berniat  untuk menghalang sebarang inovasi yang boleh memberi faedah kepada masyarakat,” katanya.

Johari berkata Bank Negara mengambil langkah berjaga-jaga terhadap matawang digital bagi memastikan keselamatan dan melindungi kepentingan awam.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat