Mahathir Mahu Mulakan Projek Kereta Nasional Yang Baru

0 1,041

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyuarakan hasratnya untuk memulakan projek kereta nasional baharu.

Dr Mahathir berkata Proton yang beliau lancarkan, bukan lagi kereta nasional.

“Cita-cita saya adalah untuk memulakan kereta nasional (baharu) bersama rakan usaha sama di rantau ini,” katanya dengan menyebut negara seperti Jepun, China, Korea Selatan dan Thailand.

Bercakap pada Persidangan Antarabangsa mengenai Masa Depan Asia atau Persidangan Nikkei ke-24, di sini pada Isnin, Dr Mahathir berkata negara-negara berkenaan mampu mengeluarkan kereta berkualiti dan kereta yang boleh dipasarkan.

“Kami mahu mengakses pasaran dunia (menerusi projek baharu kereta berkenaan,” katanya.

Dr Mahathir kini dalam lawatan kerja tiga hari ke Jepun.

Sumber : Bernama

Langgan Newsletter dari Moshed.com
Langgan segera untuk mendapatkan kemaskini terkini dan "special offer" yang akan terus dihantar ke e-mel anda.
Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa