728x90_malay_adsprime-trading-bonus

Share This Post

Forex dan Komoditi

Malam ini malam yang sangat penting buat matawang Loonie.

Malam ini malam yang sangat penting buat matawang Loonie.

Sebelum mesyuarat Bank of England esok, tumpuan penuh akan diberikan kepada matawang Canadian Dollar hari ini.

Pengumuman dasar kewangan oleh Bank of Canada akan dikeluarkan pada pukul 10:00 malam ini waktu Malaysia.

Pengumuman ini akan menyentuh sama ada ada perubahan terhadap interest rate atau tidak dan pada jam 11:15 malam akan berlangsungnya sidang media Bank of Canada.

telegram-moshed

Ekonomi Canada dilaporkan sebelum ini tidak berada dalam keadaan yang baik namun tidaklah begitu teruk.

Data trade balance, pekerjaan dan aktiviti perkilangan tidaklah sebegitu positif namun dilihat masih ada perkembangan yang baik sejak Mei lalu.

Kebakaran Alberta

Apa yang menyebabkan Canada dalam keadaan kusut adalah kebakarang yang berlaku di Alberta dan juga jangkaan GBP yang direndahkan,.

Namun matawang CAD dilihat menguat setelah mereka mengeluarkan kenyataan bahawa perkembangan ekonomi pada suku ketiga tahunan akan berkembang.

Screen Shot 2016-07-13 at 11.42.05 AMJika BoC meneruskan sudut pandang yang optimistic mengenai ekonomi mereka, CAD dijangka akan meneruskan kenaikannya. Namun jika mereka risau dengan risiko Brexit yang tidak pasti, CAD dijangka akan kembali melemah.

BoC dijangka akan mengekalkan interest rate mereka iaitu sebanyak 0.50%

Seperti kebiasaan, pada rabu malam juga akan dikeluarkan laporan Inventori Minyak Mentah pada jam 10:30 malam.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register