Mampukah Pendapat Lelaki Ini Menambah Kekuatan Matawang Greenback?

0 4

Presiden Fed San Francisco, John Williams berulang kali menegaskan pendapatnya pada Selasa berkenaan dengan kenaikan kadar oleh Fed.

Beliau menganggap bahawa kenaikan kadar ada ini masuk akal berikutan keadaan ekonomi yang kembali memulih. Dalam konteks ekonomi sebegini, beliau berpendapat bahawa kadar wajar dinaikkan secara berperingkat.

Williams bukan salah seorang pengundi dalam jawatankuasa FOMC pada tahun ini. Pun begitu, beliau masih mengulangi pendapatnya yang telah diutarakan sebulan lebih awal sebelum ini mengenai keperluan kenaikan kadar secara beransur-ansur.

Data yang bercampur-campur pada bulan Ogos, mencetuskan spekulasi bahawa Fed akan menangguhkan hasrat untuk kenaikan kadar lagi.

Williams berkata pasaran buruh dan kadar inflasi dalam landasan yang betul walaupun dilihat merosot pada bulan Ogos.

Artikel Ini Khas Untuk Trader Yang Ketagih Renung Chart Forex!

Langgan Newsletter dari Moshed.com
Lanngan segera untuk mendapatkan kemaskini terkini dan "special offer" yang akan terus dihantar ke e-mel anda.
Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa