banner-mutm-728x90

Share This Post

CRUDE OIL / Forex dan Komoditi / Sesi Eropah

Mampukah Usaha Mengehadkan Pengeluaran Minyak Mentah Ini Berhasil?

Mampukah Usaha Mengehadkan Pengeluaran Minyak Mentah Ini Berhasil?

Dalam sesi dagangan Eropah, harga minyak mula melonjak naik apabila cadangan pembekuan pengeluaran dalam kalangan pengeksport minyak disokong pasaran.

Beberapa ahli OPEC mencadangkan untuk meletakkan had baru kepada pengeluaran minyak sebagai usaha untuk menstabilkan pasaran komoditi terbabit.

Pun begitu, Menteri Tenaga Rusia, Alexander Novak berkata sebelum ini bahawa dia bersedia untuk mengadakan rundingan bagi membincangkan isu ini walaupun tiada keperluan mendesak.

Cubaan untuk membekukan bekalan minyak mentah pada awal tahun ini gagal kerana keengganan Iran untuk mengambil kata sepakat itu.

Di ICE Futures Exchange di London, minyak Brent bagi penghantaran Oktober meningkat kepada nilai tertinggi harian, $44.86. Nilai itu mencatat lonjakan sebanyak 47 sen.

Brent futures di London menjunam sebanyak 15% berikutan prospek peningkatan eksport dari Timur tengah dan pengeluar Afrika Utara, seperti Iraq, Nigeria dan Libya. Peningkatan ini membawa lebih kebimbangan terhadap permintaan yang semakin merosot bagi minyak mentah dan produk tapisan.

 

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register