Share This Post

Artikel Umum

Mark Sanggup Lakukan Apa Sahaja Asalkan Facebook Tidak Lagi Disekat Di China

Mark Sanggup Lakukan Apa Sahaja Asalkan Facebook Tidak Lagi Disekat Di China

CEO Facebook, Mark Zuckerberg bersedia untuk mencuba apa sahaja untuk mengembalikan Facebook kepada pengguna-pengguna di China. Untuk menarik perhatian Presiden China Xi Jinping, Mark sanggup mempelajari bahasa Mandarin dan menawarkan Presiden Xi untuk menamakan anak beliau. Pun begitu, permintaan itu ditolak Xi. Memetik kenyataan yang dikeluarkan New York Times, Facebook telah membangunkan satu ciri baru yang akan menyebabkan pengguna di China tidak dapat mengetahui atau mencari post-post terbaru di kawasan tertentu bagi tujuan keselamatan.

Ini juga merupakan salah satu langkah berani yang diambil Facebook untuk menambah berbilion-billion lagi pengguna di China. Sebenarnya, China mempunyai banyak rangkaian media sosial mereka sendiri, bahkan sebahagian daripada media tersebut lebih maju dan mudah untuk digunakan berbanding Facebook. Mark juga seperti sudah dapat menjangka kemasukan Facebook ke negara tanah besar itu tidak akan membuatkan rakyatnya begitu teruja.

Namun, apa yang menjadikan Mark begitu bercita-cita tinggi dalam meneruskan hasratnya bagi memasuki pasaran China?

Pada tahun 2008, ketika Facebook mula-mula diperkenalkan dalam versi Bahasa China, ia hanya mampu menarik 285,00 pengguna sahaja di sana daripada jumlah keseluruhan pengguna internet di China yang mempunyai populasi melebihi 225 juta. Walhal, pesaing terdekat Facebook waktu itu iaitu Tencent’s QQ mempunyai puluhan juta pengguna yang mendaftar.

Seterusnya pada tahun 2009, Facebook telah disekat dari China dan mematikan peluang Facebook untuk bersaing dengan mana-mana syarikat media sosial China yang lain. Lebih memburukkan keadaan apabila pesaing China iaitu Sina Weibo telah menambah beberapa fungsi tambahan dalam aplikasi mereka dan secara tidak langsung menguatkan pengaruh di China.

Pada tahun 2011, perkhidmatan media sosial iaitu WeChat diperkenalkan di China. Pada asalnya  WeChat dilhat sebagai medium rangkaian sosial dan khidmat pesanan. Namun, aplikasi itu cepat menambah tawaran seperti sistem video chat percuma, pembayaran bil, dan tempat membeli-belah dialam maya. Buat masa ini sahaja, WeChat telah mempunyai lebih daripada 700 juta orang pengguna.

Dua tahun lepas juga, Sina Weibo telah menjadi sebuah platform media sosial yang paling popular di China apabila terus menembusi pasaran China melalui live broadcasts.

Dengan segala kemajuan yang dimiliki rakyat China, Facebook seakan sudah tiada tempat di China, bukan?

Namun Mark serta Team Facebook yang lain mempunyai matlamat untuk mengembangkan aplikasi video pendek dan fokus kepada selebriti di sana yang sesuai dengan kehendak rakyat China. Pun begitu, segalanya bakal bergantung kepada kebenaran yang bakal diberikan oleh kerajaan China kepada Facebook.

BNM Mengeluarkan Kenyataan Terkini Tentang Keadaan Pasaran Kewangan di Malaysia

Share This Post

Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Dapatkan update terkini, analisis pasaran, Indikator Magic Line, Ebook Panduan Broker serta banyak lagi....

Join subscriber Moshed.com dan dan dapatkan semua ini sekarang!

Jangan risau! Kami hanya akan menghantar info-info menarik utk anda. Tiada SPAM!