728x90_malay_adsprime-tukar-broker

Share This Post

Ekonomi dan Isu Semasa

Masa depan United Kingdom dan Eropah kali ini ditentukan oleh 3 orang iron-lady ini

Masa depan United Kingdom dan Eropah kali ini ditentukan oleh 3 orang iron-lady ini

Theresa May baru saja dilantik sebagai Perdana Menteri UK selama seminggu dan media Jerman sudah memberi gelaran kepadanya “Merkel British”.

Hari ini Theresa May akan bertemu dengan Canselor Jerman, Angela Merkel di Berlin untuk membincangkan masa depan Eropah berikutan keputusan referendum pada bulan lepas berpihak kepada Brexit.

Selain daripada 2 orang wanita ini, dilihat seorang lagi wanita yang akan menentukan masa depan Eropah adalah Nicola Sturgeon, Menteri Pertama Scotland.

telegram-moshed

Theresa May melakukan lawatan awal di luar London setelah dilantik menjadi PM minggu lepas dan lawatan pertama adalah ke Edinburgh, Scotland untuk berjumpa dengan Nicola Sturgeon. Majoriti daripada rakyat Scotland termasuk Nicola Sturgeon sendiri tidak mahukan Brexit.

Pemimpin baru UK sudah mengeluarkan kenyataan bahawa matlamat utamanya adalah memastikan Brexit berjaya dan bagi memastikan perkara itu berlaku, rundingan yang baik bersama pemimpin Jerman dan Scotland amatlah penting.

Theresa May dan Angela Merkel dilihat mempunyai beberapa persamaan. Antaranya adalah :

  1. Kedua pemimpin ini dilantik ketika konflik berlaku

– Merkel dilantik ketika skandal derma

– May dilantik ketika Brexit

  1. Kedua pemimpin ini adalah anak perempuan kepada paderi protestan
  2. Kedua pemimpin ini sudah berusia lebih 60 tahun

Kedua-duanya mempunyai reputasi yang baik sebagai perunding dan sangat teliti dalam membuat keputusan.

Walaupun persamaan ini dilihat boleh menjadi tapak perbincangan yang baik, Canselor Jerman sudah menegaskan yang tidak akan ada runding atau perbincangan mengenai Brexit langsung sehingga Artikel 50 dilaksanakan.

Theresa May dilihat akan melaksanakan Artikel 50 pada tahun depan.

Politik antara Jerman dan UK terus berubah diakibatkan oleh Brexit dan salah satu langkah bagi memastikan konflik ini tidak semakin teruk, Theresa May akan menangguh keluarnya UK daripada EU dan ini juga adalah sebagai langkah bagi mengelakkan perpecahan United Kingdom.

Dan di sinilah Sturgeon mempunyai peranan yang sangat penting.

Pemimpin Scotland dan Parti Nasionalis melihat Brexit sebagai jalan keluar kepada Scotland untuk mencapai kemerdekaan daripada United Kingdom dan kemungkinan akan ada referendum kedua daripada Scotland untuk keluar daripada UK.

Tegas Sturgeon, dia akan buat apa yang patut bagi membantu rakyatnya mencapai kemerdekaan dan keputusan referendum EU bulan lepas melihatkan majoriti daripada rakyat Scotland mahu kekal dalam EU dan jumlahnya adalah 62%.

Perpecahan United Kingdom juga boleh berlaku diakibatkan oleh Ireland Utara yang majoriti daripada rakyatnya juga mahu kekal dalam EU, dan jumlah mereka adalah 56%.

Menurut Chancellor of the Exchequer, Philip Hammond yang baru saja dilantik oleh Theresa May menggantikan George Osborne berkata proses untuk keluar daripada EU mengambil masa sehingga 6 tahun dan kemudian barulah UK akan mengalami perubahan baru daripada segi politik dan ekonomi berbanding hari ini.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register