728x90_malay_adsprime-tukar-broker

Share This Post

CRUDE OIL / Forex dan Komoditi / Sesi Eropah

Masalah Lebihan Bekalan Sentiasa Mengundang Keresahan Terhadap Pasaran Minyak Dunia

Masalah Lebihan Bekalan Sentiasa Mengundang Keresahan Terhadap Pasaran Minyak Dunia

Harga minyak mentah mula meningkat mencecah paras $40 setong pada sesi sebelum ini. Namun, peniaga bahan api beranggapan bahawa pasaran terus dibelenggu masalah pengeluaran yang berlebihan.

WTI mentah didagang pada angka $40.15 setong. Sementara itu, minyak Brent antarabangsa diniagakan meningkat 20 sen setong.

Walaupun kebanyakan bahan api mencatat kenaikan, pasaran terus diramal untuk menurun.

telegram-moshed

Data industri menunjukkan kiraan pelantar minyak global bertambah sejak bulan Jun lalu.

Financial oil traders mengambil kesempatan berikutan lebihan bekalan ini dengan mempertaruhkan volume yang lebih besar menggunakan harga yang lebih rendah. Kebanyakan mereka memperoleh keuntungan melalui short position.

Selain itu, penganalisis juga berkata, tahap pengeluaran yang tinggi dalam sektor minyak mentah akan lebih membebankan pasaran setelah mencatat 20% penurunan sejak Jun.

BMI Research melaporkan, pengeluaran produk mentah yang lemah di kilang penapis akan menurunkan permintaan terhadap minyak mentah.

Bagaimanapun, dalam jangka masa panjang, penganalisis meramalkan bahawa pasaran akan kembali stabil, sekali gus menjamin bekalan dan permintaan yang lebih seimbang.

Menurut BMI, bekalan dan permintaan akan lebih kukuh pada tahun 2017 dan 2018.

 

Mengapa abaikan “rules” penting ini sedangkan kesannya amat besar buat portfolio anda. Belum tahu “rules” apa? KLIK artikel ini

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register