Matawang Euro Cuba Mengukuh Tetapi Terhad Pada Awal Dagangan Sesi Eropah

0 530

Matawang Euro bergerak lebih tinggi pada Isnin dengan kelemahan US dolar secara menyeluruh. Pasaran saham Wallstreet minggu lalu melonjak semula pada Jumaat selepas jatuh ke paras terendah September 2017.

Selepas kebimbangan terhadap keadaan semasa pasaran saham global, akhir dagangan Jumaat menyaksikan sesetengah pelabur mengambil kesempatan untuk membeli saham pada harga rendah. Citarasa pelabur terhadap aset berisiko seperti saham meningkat semula apabila harga saham mencapai paras terendah ketika itu.

Pasaran saham Asia membuat sedikit pemulihan pada Isnin selepas Wallstreet merekod prestasi positif pada Jumaat lalu. Pasaran saham Eropah juga didagangkan positif setakat pukul 5.56 petang dengan DAX di jerman naik 2.04%, CAC40 di Perancis naik 1.59% dan FTSE100 di UK naik 1.34%.

Kejatuhan terhadap pasaran saham minggu lalu telah memberi kesan kepada pasaran matawang sekaligus memaksa pemegang-pemegang matawang Euro melepaskan matawang itu dan mencari aset yang lebih selamat seperti Yen dan Swissy.

“Kita dapat melihat citarasa kepada risiko telah kembali ke dalam pasaran,” kata strategist di Nordea Markets.

Pasaran Komoditi

Harga minyak mentah dunia memulih semula selepas mengalami kejatuhan minggu lalu. Harga minyak mentah WTI (West Texas Intermediate) naik 1.79% setakat pada masa artikel ini ditulis yang membawa harga ke paras $60.26 setong.

Minggu ini pasaran komoditi hitam akan memberi tumpuan kepada maklumat terbaru inventori minyak mentah Amerika Syarikat pada Selasa dan Rabu.

Nak Tahu Tentang Forex, Saham dan Pasaran Kewangan?
Sertai bersama lebih 20,000 subscriber VIP yang menerima tips-tips premium tentang forex trading dan pasaran kewangan setiap minggu.
Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa