Matawang Euro & GBP Melonjak Disebabkan Dua Perkara Ini

0 1,722

Matawang GBP dan Euro menguat berbanding US dollar pada pukul 8.30 malam tadi apabila data inflasi (CPI) Amerika Syarikat merekodkan bacaan kurang daripada jangkaan.

Bukan itu sahaja, matawang greenback itu juga melemah berbanding matawang yang lain selepas jangkaan terhadap kenaikan kadar faedah The Fed merosot.

Tumpuan utama pasaran pada hari ini adalah kepada matawang Euro dan GBP dengan kedua-dua bank pusat ECB dan BoE mengumumkan dasar monetari masing-masing sekitar pada pukul 7 petang tadi. Bank of England terlebih dahulu menetapkan dasar pada pukul 7 petang dengan tiada perubahan kepada kadar faedah dan pembelian aset, begitu juga dengan European Central Bank (ECB) pada pukul 7.45 petang.

Tiada pergerakan yang signifikan kepada kedua-dua GBP dan Euro melainkan hanya terdapat pergerakan kecil penurunan GBP apabila BoE menyatakan kebimbangan terhadap Brexit.

Boleh dikatakan penyumbang kepada pergerakan menaik EUR/USD dan GBP/USD lebih banyak disumbangkan oleh data CPI AS yang kurang baik pada pukul 8.30 malam tadi.

Data inflasi CPI jatuh dari paras tertinggi 2.9% yang dicatatkan pada Julai kepada 2.7% pada Ogos. Bacaan juga meleset daripada jangkaan kenaikan 2.8%, sekaligus menyebabkan tekanan kepada US dollar. Walaupun ia dijangka kurang memberi tekanan kepada kebarangkalian kenaikan kadar faedah, ia tetap satu penurunan kepada data penting yang mampu mengurangkan kadar pengetatan dasar untuk tahun depan.

Disebabkan itu, pasangan EUR/USD dan GBP/USD melonjak sekitar 85 pip disebabkan kelemahan US dollar.

Komen Hawkish Mario Draghi Melonjakkan Euro

Bagi matawang Euro, ia secara spesifik mendapat sokongan langsung daripada penetapan dasar ECB terutamanya semasa sidang media mario Draghi. Ia terbukti dengan pengukuhan matawang Euro berbanding matawang-matawang yang lain ketika ini.

Walaupun ramalan pertumbuhan ekonomi ECB diturunkan berbanding sebelum ini, ternyata ia kurang memberi kesan dengan tumpuan utama pasaran kepada komen Draghi tentang inflasi yang bernada hawkish.

Draghi berkata, “anggaran terhadap inflasi kekal terhenti buat seketika, tetapi tekanan kos dometik semakin mengukuh, dan menyeluruh, dengan ketakpastian terhadap jangkaan inflasi semakin berkurangan.”

Beliau juga menjangka inflasi utama akan meningkat menjelang hujung tahun, menaik secara beransur-ansur dalam jangka sederhana dan kita menjangka inflasi-teras akan lebih kukuh secara signifikan.

Nak Tahu Tentang Forex, Saham dan Pasaran Kewangan?
Sertai bersama lebih 20,000 subscriber VIP yang menerima tips-tips premium tentang forex trading dan pasaran kewangan setiap minggu.
Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa