Share This Post

Ekonomi dan Isu Semasa

Matawang Euro Mungkin Akan Lenyap 10 Tahun Lagi

Matawang Euro Mungkin Akan Lenyap 10 Tahun Lagi

Matawang Euro mungkin tidak akan wujud dalam masa 10 tahun lagi jika Paris dan Berlin gagal untuk menguatkan nilai matawang ini. Hal ini dinyatakan sendiri oleh calon Presiden Perancis (Emmanuel Macron) dan menambah bahawa sistem yang ada pada masa ini hanya menguntungkan German.

Beliau mengatakan perlunya untuk mengetahui bahawa matawang Euro tidak sempurna dan tidak akan bertahan tanpa perubahan besar (major reforms).

Matawang Euro ketika ini tidak memberikan Eropah kelebihan antarabangsa berbanding US dolar. Tambahnya lagi, ia tidak memberikan Eropah satu kelebihan semulajadi dalam kalangan ahli Kesatuan Eropah.

telegram-moshed

Kenapa ini boleh berlaku?

Ada yang mengkritik sistem yang digunakan oleh Kesatuan Eropah ini memberikan kesan negatif dari segi fokus kepada permasalahan setiap negara yang berbeza.

Hal ini sudah tentu menyukarkan bagi implementasi polisi yang spesifik kepada negara-negara ahli yang menyebabkan mereka tersekat dalam keadaan monetari yang berbeza berbanding keseluruhan Kesatuan Eropah itu sendiri.

Tidak dapat dinafikan, penggunaan satu matawang yang sama memberikan faedah kepada negara-negara ini seperti mengurangkan risiko kadar tukaran matawang dalam perniagaan dan operasi institusi kewangan.

Khritikan Macron semakin panas kepada German apabila beliau mengatakan kegagalan Euro untuk berfungsi dengan baik memberi kelebihan kepada German.

Akhir sekali, Macron mencadangkan satu bajet bagi Zon-Eropah untuk membiayai pelaburan berorientasikan pertumbuhan dan untuk meneruskan bentuan kewangan kepada ahli Kesatuan yang menghadapi masalah di European Union (EU).

 

Sidang Media Trump Malam Ini, Pasaran Dijangka Bergerak Pantas!

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal