Matawang GBP Kekal Berisiko Dalam Jangka Pendek Disebabkan Brexit

0 518

Matawang GBP kekal kukuh selepas beberapa siri pergerakan volatile sejak Isnin, dengan penganalisis meramalkan matawang ini berkemungkinan meneruskan kenaikan dalam jangka-pendek. Sebab utamanya adalah sentimen positif berkaitan Perjanjian Brexit.

 

Ia bermula pada Isnin apabila ketua perunding Brexit bagi pihak EU, Michel Barnier berkata perjanjian dapat dicapai dalam tempoh enam ke lapan minggu sehingga menyebabkan pair GBP/USD naik sehingga lebih dari 100 pip.

 

Laporan juga menunjukkan EU akan memberikan arahan baru kepada Barnier dalam rundingan Brexit sehingga menyebabkan matawang Sterling menguat berbanding matawang utama yang lain pada Isnin.

 

Walaubagaimanapun, risiko terhadap Sterling tetap wujud di mana terdapat laporan bahawa 80% ahli Parlimen Konservatif sedang bersedia untuk tidak mengundi perjanjian tersebut.

 

Perdana Menteri pula telah mengarahkan semua ahli kabinet menteri untuk membuat siri jelajah bagi menerangkan perjanjian tersebut sebelum berlangsungnya konferens Parti Konservatif pada bulan ini. Siri jelajah itu adalah bertujuan untuk menjelaskan bahawa ‘Perjanjian Chequers’ adalah satu-satunya perjanjian yang harus dipertimbangkan. Perjanjian Chequers di sini bermaksud, blueprint yang dicadangkan oleh Theresa May dalam perjanjian Brexit selepas perletakan jawatan David Davis sebagai Menteri Brexit.

 

“Ini bukanlah kali pertama Barnier mencipta harapan kepada pasaran di mana situasi akan menjadi baik. Namun, komen yang positif ini dilihat semakin kerap,” demikian kata Antje Praefcke strategist tukaran matawang asing di Commerzbank.

 

“Prospek kepada tercapainya perjanjian dalam tempoh lapan minggu membawa kepada kenaikan GBP sebanyak 0.8% berbanding US dollar dan 0.4% berbanding Euro. Kita melihat prospek kesinambungan kenaikan ini jika terdapat lebih banyak perkara yang positif kepada perjanjian,” kata Goretzki strategist matawang di Unicredit Bank London.

Nak Tahu Tentang Forex, Saham dan Pasaran Kewangan?
Sertai bersama lebih 20,000 subscriber VIP yang menerima tips-tips premium tentang forex trading dan pasaran kewangan setiap minggu.
Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa