banner-mutm-728x90

Share This Post

Broker Review / One Financial Markets

Mengapa Seminar One Financial Markets Memberikan Penambahan Kepada Idea Trading Saya ?

Pada bulan lepas, saya ada menghadiri seminar forex yang dianjurkan oleh Broker Regulated FCA UK dari London, iaitu One Financial Markets. Seminar ini ialah seminar pertama kali diadakan oleh One Financial Markets di Malaysia. Bertempat di Berjaya Times Square Hotel Kuala Lumpur. Saya sebagai pelanggan One Financial Markets juga mendapat jemputan untuk menghadiri seminar ini dari pihak mereka. One Financial Markets juga menganjurkan seminar di Sabah pada 19 April, sehari selepas seminar di Kuala Lumpur. Ia mendapat sambutan yang sangat hebat kerana ramai rakan-rakan trader telah datang.

Seminar dimulakan dengan pengenalan dengan lebih rapat apa yang ditawarkan oleh Broker One Financial Markets, sedikit info tentang teknikal analisis dan juga yang paling menarik adalah permainan yang mereka jalankan. Bab permainan ini paling menarik perhatian saya kerana kebanyakan forex broker lain yang saya pernah pergi sebelum ini, kurang pengisiannya. Banyak broker lain yang memberikan harapan-harapan manis kononnya forex trading ini terlalu mudah untuk untung, lalu mengumpan untuk kita melakukan deposit ke broker mereka. Mereka langsung tidak menitikberatkan tentang pendidikan yang betul. Tetapi tidak bagi One Financial Markets.

Broker One Financial Markets ini yang terkenal dengan usaha untuk memberikan pembelajaran dan pendidikan sebenar tentang forex trading apabila menembusi pasaran Malaysia cuba membawa sesuatu lain dari yang lain. Psikologi game. Game yang mereka anjurkan ketika seminar bukan sahaja menjadikan semua peserta tidak mengantuk, malah menjadikan mereka berfikir secara kreatif dan kritis, juga menduga psikologi mereka dalam trading demi mencapai target.

Dah alang-alang cerita, biar saya jelaskan apakah bentuk game yang mereka anjurkan ketika seminar. Setiap kumpulan perlu memasukkan gegelung ke dalam kon yang disediakan di bahagian hadapan. Tetapi dengan syarat berdiri tidak melebihi garisan point tertentu. Garisan point yang disediakan ialah 10, 100, 1000 dan 10000. Garisan 10 point paling hampir dengan kon dan paling mudah untuk score. Garisan 10000 point paling jauh dan paling mustahil untuk baling gegelung untuk masuk ke dalam kon. Itu pun dalam pemerhatian saya masih ramai yang cuba baling gegelung dari jauh untuk masuk ke dalam kon. Kenapa? Di sinilah psikologi dan plan trading kita dalam forex diuji.

Ini bermakna “ketamakan” masih menjadi faktor utama menghalang ramai orang dari berjaya dalam forex trading. Baling gegelung dari jauh untuk score terus 10,000 point ibarat membuka lot yang besar dalam trading, demi untuk dapat score terus keuntungan yang banyak. Tetapi ia adalah satu perkara yang mustahil untuk score dari jarak itu, juga satu perkara mustahil untuk terus dapat profit yang banyak dalam trading sekali gus. Jika dapat pun ia adalah lebih kepada “luck” sahaja. Dan saya dapati ramai yang tidak berjaya pun, malah terus kerugian hampir semua modal dalam forex akibat ketamakan tersebut.

Anda boleh rujuk gambar di bawah. Ramai yang cuba bermacam-macam cara untuk score point. Ada yang plan. Ada yang tidak plan, malah hentam sahaja bermain game tersebut. Sama juga macam forex trading. Yang plan trading mereka sebelum memulakan trading lebih berpotensi untuk berjaya dalam bidang ini.

Bagi saya apa yang dilakukan oleh One Financial Markets ini memang sesuatu game yang genius dan menarik. Saya sudah lama dalam bidang trading dan juga tahu selok belok dalam bidang pembrokeran forex, tak ramai forex broker yang serius memberikan pendidikan dalam bidang ini. Lebih banyak forex broker yang cuba melakukan gembar gembur tentang kebaikan seminar mereka, suruh deposit untuk hadir, tetapi apabila hadir, seminar hanyalah perkara asas yang tak bermanfaat. Dan kita dapat nampak ketidakjujuran mereka, tidak lain tidak bukan, hanyalah untuk mendapatkan deposit kita sebagai forex trader dan mengumpan kita ke seminar.

Dalam bab ini saya nampak One Financial Markets, sebuah forex broker yang sudah gah 8 tahun dalam bidang ini, mempunyai regulated dari FCA UK pula, cuba memberikan pendekatan berbeza dengan tawaran lebih kepada pembelajaran dan pendidikan. Di sini saya hormati usaha mereka. Jika anda serius dalam bidang ini, inilah broker yang betul.

Tak habis cerita lagi, pemenang game pula dapat sebuah hadiah akaun trading yang tidak rugi untuk mereka cuba berlatih trading mereka selama seminggu. Menarik hadiah tu.

forex-seminar-onefinancialarkets-10

Kepada yang hadir seminar pula, One Financial Markets menawarkan Deposit Bonus 20%, support margin dan floating selama 90 hari atas deposit anda. Jika anda deposit USD1,000, bermaksud anda akan mempunyai modal sebanyak USD 1,200. Extra 20% untuk anda berdagang forex. Menarik bukan? (Mempunyai Terma dan Syarat)

Pada masa seminar juga, pihak One Financial Markets, mengumumkan yang mereka melancarkan Cara Deposit dan Pengeluaran melalui Neteller. Banyak forex broker yang tawarkan juga, tetapi kebanyakan mengehadkan jika kita nak withdraw lebih dari deposit guna method yang sama. Tetapi tidak bagi One Financial Markets, kita boleh withdraw lebih dari nilai deposit menggunakan Neteller. Ini adalah berita baik.

Selepas ini dengan tawaran 20% Deposit Bonus, deposit menggunakan Neteller, serta kini boleh trade dengan hanya 0% Margin menyebabkan saya terus ingin menambah akaun trading bersama mereka. Sebab sekarang saya pun sedang mencari beberapa broker yang sesuai untuk saya tambah Account Medium Risk saya, dan nampaknya One Financial Markets menjadi pilihan saya. Account Medium Risk ini saya pecahkan dari keuntungan Low Risk untuk kegunaan keuntungan menjelang Aidilfitri nanti. Kira BONUS RAYA kiranya. He he. 😀

Sedikit info tentang 0% Margin Trading, bermaksud jika anda hedging position anda, tiada margin diperlukan. Menarik tak? Nanti saya akan ulas lebih lanjut. Contoh ringkas adalah.

Katakan anda BUY 1 lot EURUSD. Margin diperlukan adalah USD250. Katakan anda SELL 1 lot EURUSD untuk mengawal kerugian atau anda ada strategi hedging, kebanyakan broker akan menambah margin lagi USD250 menjadikan sebanyak USD500 diperlukan. Ini akan menjadikan Free Margin anda berkurang dan lebih hampir untuk anda mencapai STOP OUT atau Margin Call. Tetapi di One Financial Markets, 0% Margin diperlukan. Maksudnya margin anda akan clear. Jadi anda boleh guna margin untuk trade lain secara scalping mungkin untuk cover floating.

Saya sudah ada idea bagaimana untuk manfaatkan Tawaran 0% Margin dari One Financial Markets. Saya sarankan anda juga membuka akaun trading bersama One Financial Markets jika anda berminat. Nanti kita boleh kongsikan cara manfaatkan akaun 0% Margin ini bersama. Menarik bukan ? Info lanjut, boleh klik banner di bawah atau klik sini untuk info lanjut.

[kml_flashembed publishmethod=”dynamic” fversion=”8.0.0″ movie=”https://moshed.com/wp-content/uploads/2015/05/399-banners-300×250-v7.swf” width=”300″ height=”250″ targetclass=”flashmovie” play=”true” loop=”true”]
KLIK SINI INFO LANJUT

Share This Post

Profile photo of Moshed Mohamad
Pengasas Moshed.com. Beliau ialah seorang trader sepenuh masa. Perkongsian Analisa Fundamental dan Teknikal serta pengalamannya yang luas dalam bidang ekonomi, komoditi, forex dan indeks sejak tahun 2006 dibaca hampir 100,000 pengunjung setiap bulan. Antara solusi terbaru beliau dalam membantu forex trader mencapai kejayaan dalam forex trading adalah Pakej MoshedFX's Ultimate Trader Mastery

Lost Password

Register