banner-mutm-728x90

Share This Post

CRUDE OIL / Forex dan Komoditi / Sesi Asia

Menteri Tenaga Arab Saudi Dan Russia Mengeluarkan Pandangan Masing-Masing Mengenai Isu Pembekuan Bekalan

Menteri Tenaga Arab Saudi Dan Russia Mengeluarkan Pandangan Masing-Masing Mengenai Isu Pembekuan Bekalan

Brent mentah didagang stabil pada Selasa selepas mencatat keuntungan dalam sesi sebelum ini.

Sementara itu, brent mentah di London bagi penghantaran November jatuh 15 sen pada $47.48 setong selepas meningkat 80 sen pada $47.63 pada Isnin.

Menteri Tenaga Rusia, Alexander Novak berkata, Rusia dan Arab Saudi sedang dalam kata sepakat bagi perkongsian tenaga strategik. Kebanyakan penganalisis pasaran percaya bahawa rundingan ini membolehkan mereka menangani masalah global.

telegram-moshed

Khalid al falih, Menteri Tenaga Arab Saudi memberi salah sebuah saluran televisyen yang berpangkalan di UAE tentang keyakinan beliau terhadap pertemuan dengan pengeluar lain September ini bakal menemukan penyelesaian bagi masalah lebihan global. Tambah beliau lagi, pembekuan bekalan bukanlah satu-satunya cara bagi menyelesaikan masalah lebihan global.

Ahli OPEC dan beberapa pengeluar utama yang lain akan mengadakan perbincangan tidak rasmi yang dijadual akan berlangsung di Algeria bulan ini.

Beberapa pengeluar utama telah dipanggil bagi menghadiri pertemuan tersebut khususnya negara yang paling banyak menyumbang kepada masalah lebihan pengeluaran, Amerika Syarikat.

Brent mentah melonjak kepada $50 setong pada akhir bulan Ogos berikutan keyakinan yang makin meninggi terhadap pertemuan mengenai pembekuan bekalan terbabit.

Tambah Novak lagi, beliau akan terbuka dalam menerima pandangan untuk membendung masalah lebihan output dan seterusnya menstabilkan pasaran minyak mentah.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register