Share This Post

Artikel Umum / Ekonomi dan Isu Semasa

Menurut Rekod, Britain Merupakan Negara Yang Menerima Bayaran Paling Sedikit Berbanding 28 Lagi Anggota EU

Menurut Rekod, Britain Merupakan Negara Yang Menerima Bayaran Paling Sedikit Berbanding 28 Lagi Anggota EU

The House of Commons Library pada bulan Disember mengeluarkan kertas kerja mengenai pembiayaan yang ditanggung oleh EU terhadap UK sebelum Brexit.

Dalam analisis tersebut, Britian antara negara yang mendapat pembiayaan yang agak sedikit jika dibandingkan dengan 28 anggota EU yang lain. Menurut rekod, setiap rakyat Britain menerima 107 Euro setahun dari tahun 2011 sehingga 2015.

Namun apa yang lebih mengejutkan ialah dana paling banyak iaitu kira-kira 2,993 Euro setahun disalurkan kepada setiap penduduk Luxemborg walaupun wilayah ini hanya mempunyai kepadatan penduduk seramai 600,000 orang.

mutm-300x250

Hal ini kerana kesemua institusi EU terletak di Luxemborg. Mahkamah Keadilan Eropah serta kedua-dua Suruhanjaya Eropah dan Parlimen Eropah turut terletak di sana. Jadi 84 peratus daripada wang tunai yang disalurkan kepada Luxemborg adalah milik pentadbiran EU di sana.

Sementara itu, setiap penduduk dari Greece, Hungary, Lithuania, dan Latvia menerima kira-kira 500 Euro setiap seorang, antara tahun 2011 sehingga 2015.

Berikut adalah pembiayaan yang disalurkan oleh EU kepada kesemua 28 blok anggota :

Sumber : Business Insider

Kemana Arah Tuju Matawang Utama dalam Sesi Ini?

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register