Mesyuarat di Algeria Menjadi Fokus Utama Pasaran Komoditi Ini

0 3

Harga minyak mentah merosot dalam sesi Asia dengan semua peniaga meletakkan mesyuarat OPEC dengan pengeluar minyak sebagai fokus utama.

Kemudian pada Selasa, Institut Petroleum Amerika akan melaporkan anggaran stok minyak mentah dan produk tapisan bagi jangka masa minggu lepas. Seterusnya, angka rasmi akan dikeluarkan pada Rabu dari Jabatan Tenaga AS.

Minyak mentah untuk penghantaran November di New York jatuh 0.46% kepada $45.72 setong.

Semalaman, harga minyak meningkat berikutan prospek pembekuan bekalan yang kian menguat.

Forum Tenaga Antarabangsa ke -15 bermula di Algeria pada Isnin dan mesyuarat tidak rasmi ini dijadual pada Rabu.

Disamping itu, minyak brent mentah bagi penghantaran Disember naik 92 sen atau 1.98%.

Peserta pasaran terus memberi tumpuan kepada prospek penggerudian AS. Pembekal perkhidmatan medan minyak Baker Huges berkata pada Jumaat bahawa bilangan pelantar penggerudian minyak di Amerika Syarikat meningkat sebanyak 2 hingga 418.

Data ini agak membimbangkan rakyat Malaysia!

Langgan Newsletter dari Moshed.com
Langgan segera untuk mendapatkan kemaskini terkini dan "special offer" yang akan terus dihantar ke e-mel anda.
Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa