banner-mutm-728x90

Share This Post

Ekonomi dan Isu Semasa

Mesyuarat negara-negara maju ini antara titik tolak kepada ekonomi global seterusnya

Mesyuarat negara-negara maju ini antara titik tolak kepada ekonomi global seterusnya

Pemimpin dari negara-negara ekonomi terbesar dunia berjumpa pada hari ini untuk berbincang mengenai tindakan yang perlu diambil bagi membantu perkembangan ekonomi global.

Apa yang menjadi topik utama adalah perbincangan mengenai tindakan yang perlu bagi menghadapi ketidakpastian yang diakibatkan oleh Brexit.

Pertemuan menteri kewangan dan pegawai central banks daripada Group 20 diadakan di Chengdu, China.

telegram-moshed

Ini adalah pertemuan pertama selepas Brexit dan juga yang pertama setelah Philip Hammond dilantik sebagai menteri kewangan baru UK.

Philip Hammond dilihat perlu menjawab soalan bilakah UK akan mengadakan rundingan secara rasmi dengan EU.

Menurut seorang penggubal dasar, “dalam perkembangan yang terbaru, kita akan mengambil segala pendekatan yang melibatkan dasar kewangan, fiskal dan penstrukturan terbaru sama ada secara individu atau serantau bagi mencapai perkembangan ekonomi yang kuat, seimbang dan konsisten.”

Pada minggu lepas International Monetary Fund telah menurunkan ramalan perkembangan ekonomi global berikutan keputusan Brexit.

Data pada jumaat lalu juga melihatkan fear yang menebal dalam pasaran, iaitu indeks aktiviti bisnes UK yang menjuman serendah sejak 20 tahun.

Draf perancangan akan dikeluarkan setelah mesyuarat berakhir. Dikatakan Brexit telah menambah ketidakpastian dalam ekonomi global tetapi ahli G20 berada di posisi yang proaktif untuk menyelesaikan perkara ini,

Treasury Secretary, Jack Lew semalam memberitahu adalah sangat penting untuk negara-negara G20 untuk bersama-sama menambah inisiatif mengunakan semua dasar untuk memastikan kelancaran ekonomi dunia.

Tambahnya lagi, ini adalah masa untuk semua negara menggandakan usaha untuk membantu perkembangan ekonomi yang dikongsi.

Terdapat pihak yang memberitahu bukan sekadar Brexit memberi kesan yang jelas kepada ekonomi dunia malah isu Donald Trump sebagai calon Presiden Amerika Syarikat yang menegaskan mahu menarik perjanjian dagangan juga sepatutnya ditekankan.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register