728x90_malay_adsprime-tukar-broker

Share This Post

Forex dan Komoditi

Minggu akan datang minggu penting buat US Dollar

Minggu akan datang minggu penting buat US Dollar

Minggu lepas melihatkan minggu yang sangat positif buat US Dollar. Greenback didagangkan sangat tinggi melawan matawang utama yang lain, walaupun data bagi pasaran Amerika Syarikat tidak banyak.

Semasa global melihat pilihan pelonggaran dasar kewangan, Dasar kewangan Federal Reserve yang dilihat sedikit hawkish sangat menarik buat pelabur.

Indeks US Dollar 4hour

Indeks US Dollar 4hour

telegram-moshed

Fokus utama minggu akan datang buat pasaran Foreign Exchange adalah pengumuman dasar kewangan Federal Reserve dan Bank of Japan.

Antara fokus lain adalah laporan GBP suku kedua tahun ini daripada Amerika Syarikat, United Kingdom dan Eurozone.

Federal Reserve dijangka tidak akan mengubah dasar kewangan. Memandangkan tiada sidang media untuk mesyuarat Julai, keputusan rate FOMC juga dilihat sama hambar seperti pengumuman ECB pada minggu lepas.

Mesyuarat FOMC terakhir diadakan sebelum Brexit dan sejak daripada itu pasaran Amerika Syarikat dilihat dalam keadaan yang sangat baik.

S&P 500 didagangkan high terbaru, NFP rebound dengan kuat berikukan kenyataan Presiden Fed yang sangat optimistik.

S&P 500 Monthly

S&P 500 Monthly

Treasury Yield menurun dengan laju, memberi kesan yang lebih positif kepada aktiviti ekonomi Amerika Syarikat.

Dengan keadaan ekonomi yang baik, Federal Reserve tidak berada dalam keadaan terburu-buru untuk menaikkan interest rate dan salah satu faktor lain adalah isu Brexit yang masih lagi belum selesai.

Kenyataan FOMC pada 28 Julai, khamis ini pukul 2:00 pagi dilihat akan menguatkan US Dollar.

Selain daripada mesyuarat FOMC, terdapat beberapa high-impact news akan dikeluarkan bermula selasa. Rujuk kalendar di bawah bagi news berkaitan dengan US Dollar.

Forex Factory : Berita penting US Dollar

Forex Factory : Berita penting US Dollar

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register