Share This Post

Ekonomi dan Isu Semasa

Minggu Ini Sangat Sibuk & Penting! Tandakan Pada Kalendar Anda Sekarang!

Minggu Ini Sangat Sibuk & Penting! Tandakan Pada Kalendar Anda Sekarang!

Minggu akan datang, pelabur menantikan laporan ekonomi Amerika Syarikat sama ada mampu menampung kenaikan interest rate atau tidak terutama laporan NFP.

Di China, pasaran bakal menantikan data sektor pembuatan, melihat keadaan ekonomi terbesar dunia kedua.

Sementara itu di United Kingdom, laporan yang dinantikan adalah laporan sektor pembuatan dan pembinaan untuk melihat kesan Brexit.

Selain daripada itu, data inflasi eurozone juga akan diteliti untuk melihat adakah berlakunya deflasi kepada rantau eropah itu.

4 event penting minggu ini adalah :

  1. NFP Ogos

Jabatan Buruh Amerika Syarikat akan mengeluarkan laporan NFP pada pukul 8:30 malam waktu Malaysia jumaat nanti.

Dijangkakan akan berlakunya peningkatan pekerjaan sebanyak 180,000 dan kadar pengangguran akan menurun ke paras 4.8% serta pendapatan per jam akan meningkat 0.2%.

Jika laporan yang dikeluarkan positif maka ini menunjukkan perkembangan ekonomi yang baik dan dijangka kenaikan interest rate akan berlaku untuk bulan akan datang.

Manakala jika laporan yang dikeluarkan lemah, ia sekaligus akan menambah ketidakpastian kepada ekonomi dan sebarang tindakan ke atas dasar kewangan tidak akan berlaku.

Selain daripada laporan NFP, Amerika Syarikat juga akan mengeluarkan data perbelanjaan dan pendapatan individu, harga PCE, konfiden pengguna, jualan rumah, order kilang dan juga laporan sektor aktiviti pembuatan ISM.

  1. Data Pembuatan China

China Federation of Logistics & Purchasing akan mengeluarkan laporan aktiviti sektor pembuatan Ogos pada jam 9:00 pagi waktu Malaysia.

Indeks menjangkakan data tidak berubah iaitu sebanyak 49.9 bulan ini makanakal kajian Caixin menjangkakan penurunan daripada 50.6 ke paras 50.2.

Laporan di atas 50.0 menandakan perkembangan positif, jika di bawah 50.0 sebaliknya.

  1. PMI United Kingdom Ogos

United Kingdom akan mengumumkan bacaan aktiviti sektor pembuatan pada pukul 4:30 petang khamis nanti manakala laporan sektor pembinaan pula akan dikeluarkan jumaat.

Tindakan Bank of England memotong interest rate  ke paras 0.25% menangguhkan kesan Brexit ke atas ekonomi.

Aktiviti ekonomi UK dijangka akan perlahan hingga ke penghujung 2016 melihatkan ketidakpastian akibat Brexit.

  1. Data Perkembangan Kanada

Kanada akan mengeluarkan laporan GDP pada pukul 8:30 malam hari rabu dan dijangkakan data ekonomi Kanada berkembang ke paras 0.5%.

Esok tiada berita yang memberi impak yang kuat. Di samping itu, bank di United Kingdom cuti.

Sumber : Forex Factory

Sumber : Forex Factory

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register