banner-mutm-728x90

Share This Post

Analisa Fundamental / Forex dan Komoditi

Minggu ni nampak pasaran dah lega, isu Brexit dah tamat ke?

Minggu ni nampak pasaran dah lega, isu Brexit dah tamat ke?

Seminggu setelah hari referendum berlalu. Minggu ini melihatkan pasaran bercampur-campur namun dalam keadaan yang lebih baik berbanding semasa hari referendum lalu. Kebanyakan indeks pasaran besar dunia seperti FTSE 100, Dow, Dax, Euro dan lain-lain berada dalam keadaan yang positif.

Suku  kedua tahun ini telah berakhir dan suku ketiga bermula pada bulan ini dan adalah sangat penting bagi trader untuk mengetahui bahawa politik dan ekonomi UK masih tidak stabil. Antara penyebabnya adalah ketidakpastian dalam pemilihan pengganti David Cameron dan konflik dalaman parti pembangkang serta penantian pelaksaan artikel 50.

Masalah Britain ini memberi kesan kepada ketidakpastian pasaran dan dijangka akan menyebabkan volatility pasaran yang tinggi akan kembali.

telegram-moshed

S&P and Fitch telah menurunkan rating AAA dan Bank of England juga memberi amaran bahawa interest rate akan diturunkan bagi menjaga kestabilan ekonomi UK.

Walaupun data manufacturing PMI dikeluarkan adalah baik namun keyakinan pelabur dan pengguna masih lagi tidak begitu tinggi dan semua masih menantikan kesan Brexit pada data yang sebenarnya dan mereka akan menunggu data bulan seterusnya keluar.

Pound Sterling  ditutup pada harga yang lebih tinggi berbanding hari isnin. Namun begitu, dengan jangkaan pelonggaran dasar ekonomi (QE) nanti akan menyebabkan GBP kembali lemah dan dijangka turun kembali ke paras bawah 1.32.

Perkembangan matawangan lain : 

  1. Euro
  2. US Dollar
  3. Japanese Yen
  4. Pound Sterling
  5. New Zealand, Australia & Canadian Dollar

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register