728x90_malay_adsprime-trading-bonus

Share This Post

Forex dan Komoditi / Uncategorized

Minggu Ini, Minggu Paling Menakutkan Bagi Forex Trader. Kenapa? Baca Penjelasan Ini.

Minggu Ini, Minggu Paling Menakutkan Bagi Forex Trader. Kenapa? Baca Penjelasan Ini.

Bermula Isnin, 13 Jun, sektor kewangan dan ekonomi minggu ini dipenuhi dengan banyak high-impact event/news yang kita patut pantau sebelum Brexit minggu hadapan.

Ia bakal jadi minggu paling menakutkan bagi forex trader, sebelum ketakutan bertambah tentang isu brexit. Adakah anda sudah bersedia?

Antara yang memainkan peranan paling penting adalah :

  1. FOMC
  2. Kenyataan Monetary Policy dan keputusan Interest Rate oleh Bank of Japan (BoJ)
  3. Kenyataan Monetary Policy oleh Bank of England (BoE)

Kesemua event di atas dijalankan pada hari yang sama iaitu pada 16 Jun, Khamis. Kalendar event boleh dilihat seperti di bawah, mengikut waktu Malaysia.

Semua tertumpu dalam satu hari, dan “big volatility” bakal terjadi!

Screenshot : Sumber Forexfactory.com

Sedikit kupasan mengikut matawang dikupas secara ringkas.

Untuk USD, setelah kejatuhan yang disebabkan NFP lalu, yang membawa halatuju USD sekarang adalah bergantung kepada keputusan rate FOMC pada 14 Jun ini. Namun apa yang menjadi focus utama adalah kenyataan Pengerusi Fed, Janet Yellen mengenai kenyataan monetary policy dan juga ramalan beliau. Dijangka Dovish. (kami akan terus kupas “hint” apabila semakin dekat dengan tarikh FOMC, teruskan melawat MoshedFX.com).

Manakala Untuk GBP pula, masih lagi dalam keadaaan lemah akibat kejatuhan FTSE (terkesan dari sentiment Brexit), dan dijangka akan terus lemah sehingga 23 Jun, dan dijangka pada minggu ini volatility GBP sangat tinggi.

BoJ berkemungkinan besar akan mengambil pendekatan wait-and-see terlebih dahulu kerana Shinzo Abe, Perdana Menteri Jepun dilihat akan menangguhkan kenaikan cukai jualan untuk memastikan pemulihan ekonomi yang kuat dan Governor Haruhiko Kuroda akan membantu dalam memulihkan Yen Jepun.

Australia akan mengumumkan kadar pengangguran dan pekerjaan pada hari yang sama dengan FOMC, kenyataan BoE dan kenyataan BoJ.

Governor Bank of Canada, Stephen Poloz akan berucap pada hari yang sama, manakala Presiden European Central Bank, Mario Draghi akan berucap pada hari Jumaat.

Minggu ini semua fokus adalah kepada FOMC yang merupakan event utama bulan ini selain daripada Brexit.

Jadi semua rakan-rakan traders, jaga Money Management Account anda. Jangan sampai terbabas!

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register