banner-mutm-728x90

Share This Post

Ekonomi dan Isu Semasa

Minggu Pertama Ogos Minggu Hambar Buat United Kingdom

Minggu Pertama Ogos Minggu Hambar Buat United Kingdom

Persoalan buat matawang Pound adalah kita akan melihat bottom sekali lagi?

Pada khamis lalu, Sterling menjunam dengan tidak bergayanya apabila Bank of England mengumumkan dasar ekonomi mereka.

Apa yang dilakukan adalah pemotongan interest rate sebanyak 25 mata. Selain daripada itu, penggubal dasar juga memberi mesej yang sangat kuat.

telegram-moshed

Mesej yang diberikan oleh mereka adalah gabungan potongan rate dengan program pembelian bon kerajaan sejumlah 60 billion dan pembelian bon korporat sebanyak 10 billion.

Mengikut Carney, pendekatan ini adalah untuk mengurangkan ketidakpastian menambah keyakinan para pelabur, memperlahankan kesan negatif dan menyokong perubahan yang diperlukan oleh ekonomi UK.

Junaman Sterling dilihat terhad melihatkan komen Carney yang tidak 100% dovish.

Benar BoE bersedia untuk menurunkan lagi interest rate jika diperlukan namun Carney dilihat tidak akan mengurangkan hingga ke paras negatif dan akan dilaksanakan cara lain bagi mengelakkan interest rate yang negatif.

Dalam masa terdekat BoE akan mengambil langkah wait-and-see untuk memantau data-data yang berkaitan dan ini mungkin akan menguatkan Pound semula.

Berita yang berkaitan dengan Pound pada minggu akan datang hanyalah data trade balance dan pengeluaran perindustrian.

Berhentilah berdendam dengan pasaran jika tidak mahu binasakan diri sendiri.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register