Minggu Pertama Ogos Minggu Menggembirakan Buat Amerika Syarikat

0 1

Laporam non-farm payrolls semalam yang kuat sekaligus mengukuhkan US Dollar melawan matawang utama lain setelah dalam keadaan lemah minggu ini.

Dengan pertambahan pekerjaan sebanyak 255K pada bulain Julai serta purata pendapatan per jam meningkat ke 0.3% menunjukkan kekuatan ekonomi Amerika Syarikat.

Ekonomi Amerika juga dilihat sangat cerah melihatkan kadar penyertaan dan purata waktu bekerja yang bertambah.

Rakyat Amerika semakin ramai yang bekerja dan ini sekaligus menunjukkan keadaan yang sihat buat sektor pekerjaan di sana.

Perbandingan yang jelas kelihatan antara Amerika dengan UK, Jepun, Eurozone dan Kanada.

Walaupun penganalisa masih lagi menjangkakan tidak akan berlakunya kenaikan interest rate tahun ini namun dengan data demi data yang positif barangkali akan mengubah jangkaan tersebut.

FOMC bulan depan dilihat akan lebih optimistik dan akan membantu US Dollar untuk lebih menguat.

Minggu hadapan dilihat kurangnya berita yang melibatkan US Dollar kecuali data jualan runcit, harga pengeluar dan indeks sentimen pengguna pada jumaat nanti.

Nak tenang semasa trade? Baca artikel ini.

Langgan Newsletter dari Moshed.com
Langgan segera untuk mendapatkan kemaskini terkini dan "special offer" yang akan terus dihantar ke e-mel anda.
Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa