banner-mutm-728x90

Share This Post

CRUDE OIL / Forex dan Komoditi / Sesi Asia

Minggu Yang Amat Dinanti Buat Semua Trader Minyak Setelah Lebih Sebulan Menunggu!

Minggu Yang Amat Dinanti Buat Semua Trader Minyak Setelah Lebih Sebulan Menunggu!

Harga minyak mentah melonjak pada hari Isnin dengan pasaran memberi tumpuan kepada perbincangan OPEC yang bakal diadakan lewat minggu ini.

Di New York, minyak mentah bagi penghantaran November meningkat 0.88% kepada $44.87 setong. Sementara itu, Brent mentah meningkat 0.82% setong.

Dalam pertengahan minggu ini, ahli OPEC serta beberapa pengeluar utama dijangka bertemu bagi membincangkan prospek pembekuan bekalan.

telegram-moshed

Data simpanan AS yang bakal dikeluarkan pada Rabu dan Khamis juga menjadi fokus peniaga-peniaga minyak.

Minggu lepas, harga minyak jatuh mendadak pada Jumaat, apabila pelabur bimbang terhadap pertemuan minggu ini gagal mencapai apa-apa keputusan untuk mengurangkan lebihan global.

Ahli OPEC yang akan diketuai oleh Arab Saudi dan lain-lain pengeksport minyak mentah seperti Iran, Iraq dan OPEC akan bertemu bagi menghadiri Forum Tenaga Antarabangsa.

Jangkaan pasaran dilihat bercampur-campur kerana segelintir pasaran percaya bahawa pertemuan itu akan mencapai keputusan positif, sementara sebilangan lagi menjangkakan sebaliknya.

Yahoo Mengesahkan Hampir 500 Juta Akaun Pengguna Digodam!

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register