Share This Post

Ekonomi dan Isu Semasa

Minggu Yang Sibuk Buat United Kingdom Minggu Hadapan

Minggu Yang Sibuk Buat United Kingdom Minggu Hadapan

Matawang yang akan menjadi tumpuan pada minggu hadapan adalah Great Britain Pound dengan news dan event yang penting.

Bukan sahaja kita akan mendapat pengumuman dasar kewangan daripada Bank of England malah laporan inflasi, pekerjaan dan jualan runcit juga akan dikeluarkan sebelum keputusan rate.

Data ekonomi dari United Kingdom dilihat baik dengan aktiviti sektor perkhidmatan dan pembuatan yang positif.

Laporan ini sekaligus menunjukkan kesan Brexit agak terhad malah Gabenor Bank of England, Mark Carney juga menyatakan isyarat kestabilan ekonomi UK dengan sistem kewangan yang baik.

Data yang dikeluarkan lebih baik berbanding yang dijangka dan BoE memberitahu risiko akibat Brexit juga semakin berkurang.

Carney juga memberitahu perangsang mungkin akan ditingkatkan dan data mingu hadapan akan melihatkan sama ada kesan positif ini berpanjangan atau tidak.

Penganalisa menjangkakan laporan dari UK minggu hadapan akan kekal positif dan Sterling akan mengukuh.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register