Minit Mesyuarat FOMC: Bacaan Inflasi Akan Terus Diteliti Sebelum Penetapan Dasar Baru

0 5

Laporan minit mesyuarat FOMC (19-20 September) yang dikeluarkan awal pagi tadi menunjukkan pembuat dasar Federal Reserve masih meneruskan perdebatan tentang prospek yang akan menolak inflasi dan kenaikkan kadar faedah yang perlu diperlahankan jika inflasi kekal rendah.

Fed juga mengumumkan pengurangan pegangan bon mereka yang kebanyakkan dibeli waktu krisis kewangan dahulu dan kebimbangan sebahagian pegawai Fed tentang impak ribut taufan terhadap ekonomi.

“Kebanyakkan pelabur mengutarakan kebimbangan tentang bacaan inflasi yang lemah tahun ini akan mempengaruhi pertumbuhan secara berterusan, dan perlu diingatkan perlunya bersabar untuk kita kurangkan pelonggaran dasar sehingga trend inflasi terjamin”, kata bank pusat dalam minit tersebut.

Ahli-ahli yang terlibat akan terus meneliti beberapa data inflasi pada bulan hadapan sebelum membuat sebarang keputusan untuk menaikkan kadar faedah. Namun, kebanyakkan pembuat dasar melihat satu lagi kenaikkan kadar tahun ini.

Saham US dan Hasil Bon US tidak memberi reaksi yang ketara selepas laporan minit mesyuarat dikeluarkan.

Pengerusi Fed, Janet Yellen mengulangi kenyataannya tentang ketidakpastian hala tuju inflasi yang semakin meningkat sehingga menyebabkan pergerakan semakin jauh daripada sasaran 2 peratus Fed sejak beberapa bulan yang lalu.

Walau bagaimanapun, Yellen dan sebahagian pembuat dasar utama yang lain akan terus meningkatkan kadar faedah secara beransur-ansur seperti yang dirancang, didorong oleh unjuran ekonomi secara keseluruhan yang semakin positif dan juga pasaran buruh yang semakin mengukuh.

Dapatkan Ringkasan Minit Mesyuarat FOMC di Moshed Squawk

Langgan Newsletter dari Moshed.com
Langgan segera untuk mendapatkan kemaskini terkini dan "special offer" yang akan terus dihantar ke e-mel anda.
Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa