Share This Post

CRUDE OIL / Forex dan Komoditi / Sesi Eropah

Minyak Mentah Global Naik 0.50% Pada Jumaat

Minyak Mentah Global Naik 0.50% Pada Jumaat

Harga minyak mentah dunia bergerak lebih tinggi pada Khamis khususnya dalam sesi US, dengan pasaran dilihat mula menyerap laporan pengurangan stok US dan juga kenyataan dovish Yellen yang dijangka akan mengekalkan rangsangan dalam ekonomi.

Minyak Brent (Brent-oil) naik 0.52% kepada $48.66 setong setakat pukul 5.58 pm, manakala WTI (West Texas Intermediate) naik 0.50% kepada $46.31 setong.

Pengurangan inventori yang direkod oleh US minggu ini telah mula menunjukkan kesannya kepada pasaran apabila minyak mentah dunia naik dalam empat sesi dagangan minggu ini.

Harga komoditi hitam ditutup lebih rendah pada Rabu berbanding Khamis walaupun data inventori terbaru menunjukkan kemerosotan drastik di US selama dua minggu berturut-turut.

Data yang dikeluarkan oleh Energy Information Administration (EIA) melaporkan inventori minyak mentah jatuh 7.6 juta tong pada minggu berakhir 7 Julai berbanding jangkaan kemerosotan 3.2 juta.

Walaubagaimanapun, jumlah pengeluaran meningkat sebanyak 59,000 tong sehari kepada 9.397 juta tong sehari minggu lalu menurut data EIA.

Harga minyak mentah dilihat tertekan sejak beberapa minggu lalu berikutan peningkatan pengeluaran dari US yang mengimbangi pemotongan bekalan yang dijalankan oleh OPEC dan non-OPEC.

OPEC membuat perjanjian pertama pemotongan bekalan sebanyak 1.8 juta tong sehari bermula Januari 2017 sehingga enam bulan dan ia dilanjutkan sekali lagi kepada sembilan bula sehingga Mac 2018 dalam usaha membawa harga pasaran ke tahap optimum.

Share This Post

Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Dapatkan update terkini, analisis pasaran, Indikator Magic Line, Ebook Panduan Broker serta banyak lagi....

Join subscriber Moshed.com dan dan dapatkan semua ini sekarang!

Jangan risau! Kami hanya akan menghantar info-info menarik utk anda. Tiada SPAM!