Share This Post

CRUDE OIL / Forex dan Komoditi / Sesi Eropah

Minyak Mentah Jatuh Selepas Kenaikan Mendadak Minggu Lalu

Minyak Mentah Jatuh Selepas Kenaikan Mendadak Minggu Lalu

Ketidaktentuan dalam pergerakan US dolar terus memberikan sokongan kepada harga minyak mentah di mana pasaran ini lebih optimis dengan asas pasaran, selepas kejatuhan inventori di Amerika Syarikat sejak beberapa minggu lalu.

Harga minyak mentah dunia terutamanya WTI (West Texas Intermediate) melonjak pada Jumaat dari paras terendah $47 setong kepada $48.50 setong. Hal ini disebabkan terdapatnya bukti pembelian dalam pasaran Eropah yang menyebabkan kenaikan mendadak harga. Pasaran ini juga mendapat sokongan dari pemulihan risiko pasaran sebelum ini.

Data terbaru jumlah pelantar yang dikeluarkan oleh Baker Hughes juga merekod kejatuhan untuk kali kedua dalam masa tiga minggu kepada 758 daripada 763 pelantar sebelum ini. Ini juga merupakan kejatuhan tertinggi sejak Januari.

Namun terdapat sedikit kejatuhan dalam sesi dagangan hari ini selepas lonjakan pada Jumaat.

“Ketika ini kami melihat aktiviti pengambilan untung selepas sesi Jumaat sementara menunggu data inventori minggu ini,” kata Hans van Cleef, ketua penganalisis ekonomi tenaga di ABN Amro.

“Jumlah pelantar mengalami kejatuhan mendadak sejak Januari, menunjukkan pasaran semakin mengetat,” kata bank ANZ.

Pasaran akan memberi perhatian kepada data inventori minyak mentah dari US pada Rabu 10.30 malam dan sebelum itu data API akan dikeluarkan yang juga perlu diberi perhatian.

Share This Post

Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal