Share This Post

CRUDE OIL / Forex dan Komoditi / Sesi Asia

Minyak Mentah Masih Kekal Dalam Posisi Bertahan

Minyak Mentah Masih Kekal Dalam Posisi Bertahan

Harga minyak meningkat pada awal Rabu kerana disokong oleh US Dollar yang melemah.

Walau bagaimanapun, US Crude futures masih kekal pada $40 setong dan Brent didagang pada $42 setong.

Sementara itu, WTI futures meningkat 12 sen, manakala Brent futures hanya meningkat 5 sen dari harga sebelum ini.

Menurut penganalisis, US Dollar melemah dan merekodkan penurunan sebanyak 2.5% berbanding matawang utama yang lain.

Bank Amerika Syarikat berkata, prospek ekonomi global yang lemah juga bakal menolak jatuh permintaan bahan api.

Pasaran minyak telah dibelenggu lebihan bekalan sejak 2 tahun lalu. Lebihan bekalan terhadap minyak mentah ini juga telah mula merebak ke produk tapisan. Masalah ini menjadikan tangki simpanan masih menyimpan banyak bekalan dan kebanyakan bahan api yang tidak dijual, masih tersimpan di atas kapal.

Baca artikel yang ditulis oleh pengasas Moshed.com ini jika anda ingin lebih ‘pro’ dalam forex trading! Nak berjaya kenalah dengar nasihat kan?

Share This Post

Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Dapatkan update terkini, analisis pasaran, Indikator Magic Line, Ebook Panduan Broker serta banyak lagi....

Join subscriber Moshed.com dan dan dapatkan semua ini sekarang!

Jangan risau! Kami hanya akan menghantar info-info menarik utk anda. Tiada SPAM!