728x90_malay_adsprime-trading-bonus

Share This Post

Tips dan Nasihat

Moshed.com Kongsikan Teknik Hedging Tanpa Rugi Yang Jarang Sifu Forex Share Di Luar Sana

Moshed.com Kongsikan Teknik Hedging Tanpa Rugi Yang Jarang Sifu Forex Share Di Luar Sana

Teknik Hedging. Hedging adalah teknik trading dengan masuk BUY dan SELL secara serentak. Ramai yang tahu apa itu Hedging, tetapi tak ramai tahu ada cara hedging untuk selamatkan position trading dari kerugian secara total. Teknik Hedging ini Popular ketika dahulu, ia dinamakan TEKNIK HEDGING TANPA RUGI.

Di sini saya sharekan kepada anda secara PERCUMA, khas untuk semua pembaca www.moshed.com. Rujuk di bawah, free sahaja !

Ilmu dan teknik ini kena ada, dan bila diguna pakai atau sesuai atau tidak terpulang kepada anda. Saya share sahaja sedikit yang saya faham dan tahu khas untuk anda.

telegram-moshed

Ok, jom kita bermula belajar !

Penerangan ringkas, segala pengiraan di sini adalah tanpa spread supaya mudah faham. Strateginya adalah anda boleh masuk BUY atau SELL ikut suka anda.

Contoh :

BUY Lot Volume 0.1 pada 1.2160
– dan Set TAKE PROFIT pada 1.2190 (jarak 30 pip)
– dan Set STOP LOSS pada 1.2100 (jarak 60 pip).

Pada masa yang sama ataupun beberapa saat selepas itu, anda letak SELL STOP Lot Volume 0.3 pada 1.2130 (jarak 30 pip dari BUY tadi)
– Set STOP LOSS pada 1.2190
– Set TAKE PROFIT pada 1.2100

Ambil perhatian pada Nilai Lot Volume.

hedgingharry-01

Jika Take Profit pada 1.2190 tak sampai, dan price terjun ke bawah dan terkena SELL STOP pada 1.2130 dan katakan ia terus ke TAKE PROFIT order SELL STOP tersebut.

Order SELL STOP kita akan Untung 30 pip x 0.3 Lot Volume(3 USD) = USD 90
Order BUY awal tadi kita akan Rugi 60 pip x 0.1 Lot Volume(1 USD) = USD 60

Jadi kita masih akan untung 30 USD atau 30 pip seperti mana kita mahukan awal-awal tadi apabila kita masuk ORDER BUY Lot Volume 0.1 untuk ambil TP 30 pip. Refer gambarajah di bawah :

hedgingharry-02

Katakan price turun, tetapi tak sampai pun 1.2100 dan naik balik, jadi kita akan ada dua order sedang floating, iaitu Buy dan Sell.

Jika price naik balik dan hampir naik ke 1.2160, kita letak Order BUY STOP pula dengan Lot Volume 0.6 pada 1.2160

hedgingharry-03

TP BUY STOP baru pada 1.2190 dan SL pada 1.2100

Jadi pada situasi ini kita akan ada 3 order sedang floating, iaitu BUY masa awal-awal tadi, SELL pada pertengahan tadi, dan BUY yang baru saja trigger tadi.

Jika price terus bergerak ke atas, ia akan mencapai 1.2190 dan kita akan kena TP pada BUY 0.6 lot volume tadi. Dan ada order SELL kena SL betul tak ?

Pengiraan :

BUY 0.1 kena TP di 1.2190 = USD 30 (untung)
SELL 0.3 kena SL di 1.2190 = USD 180 (rugi)
BUY 0.6 kena TP di 1.2190 = USD180(untung)

Total = Masih untung USD30

Rujuk gambarajah di bawah :

hedgingharry-04

Menarik bukan?

Kemana arah pun anda akan mendapat untung. Bebas masuk BUY dan SELL tanpa berfikir panjang.

Jika market terus sideway, anda hanya perlu ulang kaedah serupa dengan Lot Volume seperti ini : Lots : 0.1, 0.3, 0.6, 1.2, 2.4, 4.8, 9.6, 19.2, 38.4 and 76.8.

Nampak mudah tetapi ada beberapa perkara perlu diberi perhatian :

Tips #1

Anda perlulah mencari dan mengkaji setup atau Pair yang jarang Sideway, pergerakan seharian adalah 120 pip ke atas, agar mudah anda selesai urusan trading seharian. (tak floating lama)

Tips #2

Kalau pair tersebut anda masuk Sideway yang panjang, anda akan floating sangat banyak dan mungkin habis modal dan rugi banyak. Tengok jumlah lot, makin lama makin besar. Mengerikan juga jika Lot anda masuk bermula dengan besar, tetapi modal kecil.

Tips #3

Perlu cari guna broker yang bila anda hedging, margin anda tak akan meningkat besar. Dan melalui pengalaman saya, saya cadangkan anda guna teknik ini di broker yang mempunyai condition trading 0% Margin.

jadi bila anda Hedging, Margin anda tidak akan naik dan anda akan mengurangkan risiko untuk akaun anda kena STOP OUT ataupun Margin CALL kerana tidak cukup Margin! Jarang ada broker yang offer 0% Margin.

0% Margin, bila anda masuk BUY dan SELL, tiada margin akan digunakan.

Terima kasih kerana mencuba, tak faham sila komen di bawah ya. Jangan lupa Share teknik ini di Facebook sebagai menghargai saya share teknik ini kepada anda secara percuma. Klik Button Share Facebook di bawah !

Share This Post

Profile photo of Moshed Mohamad
Pengasas Moshed.com. Beliau ialah seorang trader sepenuh masa. Perkongsian Analisa Fundamental dan Teknikal serta pengalamannya yang luas dalam bidang ekonomi, komoditi, forex dan indeks sejak tahun 2006 dibaca hampir 100,000 pengunjung setiap bulan. Antara solusi terbaru beliau dalam membantu forex trader mencapai kejayaan dalam forex trading adalah Pakej MoshedFX's Ultimate Trader Mastery

Lost Password

Register