Moshed Forex Signal Untung Lagi +191 Pips Bulan Ini. Dah Join?

0 1,313

UPDATE STATUS PROGRAM MOSHED FOREX SIGNAL. (BACA SAMPAI HABIS)

Berikut saya update total overall result Program Moshed Forex Signal selepas pembaharuan bermula Julai 2018 tempoh hari.

Untuk pengetahuan anda program Moshed Forex Signal ini pada mulanya diuruskan oleh team analisis Moshed. Ia adalah side project untuk saya training team analisis bagi membentuk kebolehan mereka trading dan menguruskan sebuah portfolio trading. Pada mana-mana institusi kewangan yang besar pun jika anda tahu, team trading dan team analisis tidak sama.

Team analisis menganalisis manakala trader pulak akan place order berdasarkan analisis itu. Tetapi itu jika mereka menguruskan porftolio trading yang besar seperti bank dan hedgefund tidak mengapalah ada dua team berbeza.

Memandangkan di Moshed.com ini, kami masih dalam keluarga yang kecil, jadi saya cuba memberikan cabaran untuk team analisis pun boleh melaksanakan trading. Ia tentu lebih berat sebab sebelum ini mereka hanya menganalisis sahaja, kali ini mereka perlu mengambil tanggungjawab lebih berat iaitu memberikan signal trading sambil trade akaun sebenar.

Kalau trading akaun mereka sendiri, trade secara individu, saya still rasa masih tidak menjadi tanggungjawab yang berat, tetapi bagaimana jika trading mereka memberikan kesan kepada ramai diluar sana? Kiranya ada yang follow trading itu? Jadi inilah cabaran mereka.

Untuk itu saya wujudkan program Moshed Forex Signal dimana peserta perlu deposit ke bawah akaun affiliates Moshed.com dan ini juga mewujudkan income kepada team Moshed. Ia juga adalah sebahagian dari cabang income lain yang dibuat Moshed.com dan ini adalah bagus untuk kesinambungan Moshed.com terus memberikan manfaat kepada semua trader diluar sana dalam Bahasa Melayu.

Nak terus support bagi analisis, berita info dalam Bahasa Melayu bukan perkara mudah. Affiliates saja tak cukup untuk support company. Tetapi saya masih bertimbang rasa dengan cuba meminimakan kos pembelajaran melalui Moshed.com

Dan kiranya, siapa saja yang join, bukan tanda nak profit saja, tapi juga support Moshed.com! Terima kasih saya ucapkan!

Tetapi setelah beberapa ketika, signal itu mengalami naik turun yang tidak konsisten dalam 2-3 bulan. Tetapi masih ok, tak adalah teruk, kerana signal ini perlu mengambil ukur jangka masa setahun, barulah dapat kita putuskan sama ada memang ok atau tidak program ini.

Setelah perubahan demi perubahan dibuat, akhirnya saya mengambil keputusan untuk take over Program ini dan diuruskan oleh saya sendiri. Maksudnya apa yang saya trade, itulah saya berikan kepada followers signal.

Keputusan Moshed Forex Signal July dan August 2018

Alhamdulillah, pencapaian pada July 2018 positif, iaitu bulan pertama signal memang pure dari saya sendiri. +171 Pips dalam tangan. Saya namakan ia pembaharuan kerana ia diuruskan saya 100%.

Walaupun sebagai founder Moshed.com, busy dengan beberapa perkembangan jenama MOSHED yang lain, saya cuba juga untuk berikan peluang ramai yang ingin follow trading saya.

Bulan kedua (August 2018) selepas pembaharuan sistem trading dari saya sendiri, terdapat penyertaan ahli-ahli baru ke dalam Team Moshed.com untuk uruskan team analisis dan kami cuba untuk pelbagaikan pair agar sentiasa ada setup. Tetapi masih peringkat awal dan sistem ini saya yakin akan mula berikan kesan selepas beberapa kajian lagi dengan sentuhan analisis dari saya.

Sambil-sambil itu saya juga akan train semua ahli dalam kalangan team Moshed agar mempunyai kemahiran analisis dan trading supaya perkongsian di Moshed.com lebih mantap.

Dan untuk limitkan risiko, saya sendiri memberikan signal dan ia adalah berdasarkan apa saja yang saya trade pada akaun real, dan alhamdulillah bulan ini juga mempunyai pips positif iaitu +191 Pips.

Bagi ramai yang sentiasa follow saya terutama Ahli Moshed Traders Club mesti tahu pair kegemaran saya iaitu GBPUSD, EURUSD dan USDJPY. Jadi signal-signal pair tersebut dari saya lah tu. He he!

InshaALLAH sedikit masa lagi, saya akan open untuk bagi orang akses real trading saya pulak, live monitor 24 jam. Apa yang saya trade, itulah jadi signal, itulah jadi bahan pembelajaran dan itulah saya sharing. Semua ini akan dibuat dalam Moshed Traders Club. (belum join group, sila request segera join FREE, sementara masih open: https://www.facebook.com/groups/moshedtradersclub/)

Saya lebih suka sharing melalui contoh real agar semua dapat belajar sesuatu.

Saya tak rasa saya hebat saya power untuk sharing dan confirm profit. Tetapi saya rasa bertanggungjawab untuk orang diluar sana kenal forex trading dengan cara yang betul berdasarkan pengalaman saya dah 11 tahun dalam bidang ini.

Jadi stay tuned. Doakan semuanya dipermudahkan.

Bagi yang teringin nak dapatkan Moshed Forex Signal ini, jangan terlepas untuk daftar sebelum 31 August 2018, hari Merdeka kerana terdapat contest untuk menang Motosikal Yamaha Lagenda 115Z dalam Lucky Draw nanti. Mana tau rezeki anda. Profit dapat. Moto pun dapat. Rujuk link ini cara untuk join (https://moshed.com/forexsignal)

Urusan pendaftaran, semakan apa semua bukan saya buat, tetapi Team Moshed buat. Jadi follow saja step tersebut dan tunggu reply dari mereka.

Semangar berkobar kobar untuk gain untung pada September 2018 pulak ni, siapa nak join? Kalau nak? Sila klik link  (https://moshed.com/forexsignal) dan kita mula dari sana.

Jadi itu sajalah update so far dari saya. Semoga Moshed.com terus dapat memberikan manfaat kepada semua trader. Terima kasih juga atas support dari anda. Saya amat hargainya.

Langgan Newsletter dari Moshed.com
Langgan segera untuk mendapatkan kemaskini terkini dan "special offer" yang akan terus dihantar ke e-mel anda.
Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa