728x90_malay_adsprime-tukar-broker

Share This Post

Tips dan Nasihat

MoshedFX Ceritakan Bagaimana Untuk Kekalkan Profit Forex Anda

MoshedFX Ceritakan Bagaimana Untuk Kekalkan Profit Forex Anda

Untung Sedikit Lebih Bermakna Daripada Rugi Semua Profit Anda

Anda mungkin pernah mendengar perbualan dari rakan traders yang lain tentang ‘Bro, jangan cut loss bro nanti untung lah tu’ atau ‘Biarkan je lah nanti profit lah tu’ walaupun keadaan pasaran ketika itu telah berubah pergerakannya .

Adakalanya ada juga yang jenis suka mengalihkan ‘Stop Loss’ kerana tidak sanggup untuk rugi. Sebenarnya itulah antara punca anda tidak meraih keuntungan dalam trading forex ini.

Jadi di MoshedFX.com ini saya berminat untuk berkongsi bagaimana untuk memastikan anda meraih keuntungan walaupun dalam keadaan pasaran yang ‘ranging’ ataupun ‘sideway’ mahupun dalam keadaan pasaran yang ‘trending’.

#1 – Kekalkan ‘Take Profit’

Peraturan ini berkait rapat dengan trading plan anda. Pastikan anda mengira nisbah untung rugi sebelum membuat keputusan untuk entry. Sebagai contoh, jika anda tetapkan nilai lot bersamaan $1 jadi riskkan 20pips bersamaan $20 dan reward mestilah melebihi risiko iaitu 40 pips bersamaan $40. Jadi nisbah untung rugi ialah 1:2.

#2 – Break-Even

Teknik Break Even ini mungkin ramai yang sudah mengetahuinya tetapi jarang untuk manfaatkannya. Biasanya saya akan mengalihkan stop loss saya ke harga di mana saya entry. Maksudnya begini, setelah anda entry dan profit telah running sebanyak 30 pips. Anda boleh mengalihkan stop loss anda di harga di mana anda entry untuk memastikan tidak rugi. Mudah bukan?

#3 – Re-Entry

Anda boleh manfaatkan keuntungan anda. Jika anda hold sesuatu position terlalu lama, mungkin anda takut ia akan berpatah balik dan mencari Stop Loss anda. Caranya ialah anda perlu tutup terlebih dahulu keuntungan awal dan mengunakan nilai keuntungan tersebut sebagai risiko sanggup rugi untuk re-entry semula. Jadi anda hanya akan merisikokan keuntungan tadi.

Share This Post

Profile photo of Moshed Mohamad
Pengasas Moshed.com. Beliau ialah seorang trader sepenuh masa. Perkongsian Analisa Fundamental dan Teknikal serta pengalamannya yang luas dalam bidang ekonomi, komoditi, forex dan indeks sejak tahun 2006 dibaca hampir 100,000 pengunjung setiap bulan. Antara solusi terbaru beliau dalam membantu forex trader mencapai kejayaan dalam forex trading adalah Pakej MoshedFX's Ultimate Trader Mastery

Lost Password

Register